Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2023 @ 10:51am

“Saya Luahkan Pasal Mama Dalam Lagu Ini…” – Persembahan Bertenaga Dengan Susunan Muzik Lebih Fresh, Rizky Febian Pukau 4,000 Peminat

Penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian bukan sahaja terkenal dengan senyuman dan sikap menyenangkan, malah sikapnya yang sentiasa meletakkan ibu bapa ditempat paling utama di setiap perjalanan seninya membuatkan anak muda ini sangat ‘istimewa’ dihati peminatnya.

Menurut Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25, dia pernah berdoa agar Allah memberikannya peluang untuk bermimpi mengenai arwah ibunya, Siti Jubaedah yang meninggal dunia akibat penyakit hipertensi.

“Saya pernah minta, ‘Ya Allah boleh tak kalau saya mahu sekali sahaja saya bertemu dengan arwah ibu saya”. Tapi saya tidak tahu caranya bagaimana dan saya tahu ia mustahil.

“Jadi, saya luahkan dan saya curahkan semuanya tentang mama saya di dalam lagu Tetap Merindu,” katanya.

Bagaimanapun, Rizky yang kelihatan tenang menitipkan pesanan agar penonton yang hadir sentiasa menghargai pengorbanan dan momen indah bersama orang tua.

Dibanjiri dengan kehadiran 4,000 peminatnya dalam siri konsert An Album Live Concert:  Berona Day Rizky Febian pada Jumaat lalu, Rizky atau lebih mesra dipanggil Iky tampil menyajikan peminat dengan persembahan yang cukup bertenaga beserta olahan muzik yang lebih fresh sesuai dengan konsep album terbaharunya.

Membawakan 18 buah lagu hasil gabungan lagu yang dipetik dari album Kesempuarnaan Cinta (2016), Jejak (2018) sehinggalah album Berona (2023), Rizky terus menghangatkan konsertnya dengan lagu Reuni, Terluksi Indah, Cukup Tau, Mantra Cinta, Kesempurnaan Cinta, dan Ragu.

Malah, dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Rizky turut menyanyikan lagu yang ditulis untuk tunangnya, Mahalini Raharja berjudul Selaras Kata disamping beberapa buah lagu duet dalam album Berona berjudul Luka, Hilang dan Romansa.

Lebih menariknya, Rizky turut menciptakan sebuah lagu khas buat peminatnya yang bertuah pada malam tersebut.

@rizkyfebian77 Lagu dadakan buat pasangan yang lg berbahagia di Berona Day Malaysia Kabarin kalo udah nikah ya‼️ #rizkyfebian #beronarizkyfebian #malaysia #bdmy #musikditiktok ♬ original sound – Rizky Febian

 

Terdahulu, konsert An Album Live Concert:  Berona Day Rizky Febian ini dibawakan oleh Hitman Solutions dan berlangsung dengan cukup meriah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
#LaguXTRA Thu, 11 May 2023

#LaguXTRA: Lagu Zaman Dulu Ada ‘Rasa’, Shazabae Berjiwa Orang Lama

Betul lagu lama ni memang tak lapuk ditelan zaman kan

Featured Fri, 16 Apr 2021
Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Syamel Kongsi Momen Sukar Hantar Khawla Ke Sekolah – “Anak Happy Tapi Ibu Bapa Saja Yang…”

Ernie Zakri, Syamel sukar melepaskan Khawla pertama kali ke sekolah

Featured Fri, 17 Apr 2026

Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Azar Azmi mengaskan bahawa duit sumbangan daripada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang terimanya baru-baru ini bukanlah untuk mengikat jamin suami.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019
Featured Tue, 5 Nov 2024

Gagal Tahan sebak, Anak Sulung Fatin Afeefa Bakal Jadi Hafiz Al-Quran 

Fatin Afeefa & Opai gagal tahan sebak hantar anak sulung dalami ilmu Al-Quran❤️🥹

error: Content is protected !!