Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 24, 2026 @ 1:07pm

“Hati Dia Memang Baik” – Akui Banyak Persamaan, Fazura Tampil Perjelas Hubungan Sebenar Dengan Que Haidar

Pelakon jelita, Nur Fazura tampil menjelaskan hubungannya dengan rakan seindustri, Que Haidar, selepas sesi siaran langsung ‘taaruf’ mereka menjadi sorotan warganet.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, sesi siaran langsung berkenaan sekadar perkongsian santai yang memberi kegembiraan kepada peminat.

“Sesi siaran langsung taaruf dengan Que makes you happy, then that makes me the happiest, and rest assured that makes Que happiest as well sebab hati dia memang baik.

“Dia selalu juga cakap kita jangan hampakan orang,” katanya dalam sesi siaran langung tular di TikTok.

Dalam masa sama, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu turut mengakui mereka mempunyai banyak persamaan dari pelbagai aspek.

“Kami banyak persamaan dan kami suka elemen positif di sekitar kami. Dari segi makanan, malah prinsip juga kami ada persamaan.

“Kami suka permudahkan urusan orang dan senang tengok semua gembira. Dia antara yang paling senang, paling awal datang dan cepat bersiap,” katanya.

Bagaimanapun, Fazura menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sahabat lama dalam industri seni.

“Que adalah sahabat satu industri, kami bekerja bersama. Kami kawan dah lama bukan baru, cuma sudah tentu ketika kami masing-masing sudah berkahwin tak saling berhubung.

“Itu adalah ‘code 101’ dalam rumah tangga, tak hubungi orang yang dah berkahwin.

“Ya, Allah pertemukan kami semula untuk bekerja bersama. Que adalah seorang kawan yang sangat baik,” katanya ringkas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 May 2024
Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan […]

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Empat Calon DJ Suria FM Tercalon Dalam Kategori Penyampai Radio Popular

Berkongsi keterujaan, Fizi berkata, pencalonan dalam ABPBH sangat penting dalam membantu meningkatkan kerjaya termasuk dalam aspek imbuhan.

Featured Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Trending Wed, 3 Oct 2018

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Rosman di dakwa esok!

Featured Thu, 11 Jun 2026

Bawa Watak Perempuan Bisu, Umie Aida Puji Lakonan Mantap Aghniny Haque Dalam Khadam – “Energinya Konsisten Dalam Setiap Babak”

Kata Umie, dia berasa kagum terhadap setiap lakonan yang diberikan para pelakon yang terlibat dalam naskhah thriller ini.

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Umi Tak Sengaja, Itu Rumah Mereka Jadi Terpulanglah…” – Aliff Aziz Respons Dakwaan Wajah Bekas Isteri Ditutup Dalam Potret Keluarga

Aliff Aziz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut memandangkan hiasan tersebut berada dalam kediaman keluarganya. 

error: Content is protected !!