Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2025 @ 5:48pm

Muzik AI Tanpa Kawal Selia Ancaman Serius Kepada Industri Muzik Tempatan

Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan muzik tanpa sebarang garis panduan atau peraturan jelas dikhuatiri bakal menjejaskan kelangsungan industri muzik tempatan.

Perkara ini dibangkitkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menyuarakan kebimbangan terhadap impak jangka panjang teknologi ini terhadap hak cipta dan sumber rezeki penggiat seni.

Menurut Pengerusi RIM, Rosmin Hashim, meskipun AI membuka peluang baharu dari segi kreativiti dan produktiviti, penggunaannya yang tidak terkawal boleh mengancam periuk nasi pencipta lagu, pemuzik, penyanyi serta syarikat rakaman di Malaysia.

“Salah satu isu paling merisaukan adalah penggunaan karya berhak cipta sebagai bahan latihan model AI tanpa kebenaran pemilik hak cipta,” jelas beliau.

Antara contoh terbaharu yang menimbulkan kontroversi ialah penggunaan teknologi AI untuk menghasilkan versi baharu lagu Aku Cinta Padamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza menggunakan vokal tiruan menyerupai suara Dayang Nurfaizah, satu tindakan yang bukan sahaja menimbulkan persoalan undang-undang, tetapi juga etika dan pemilikan karya.

Kerugian Global Dijangka Cecah 10 Bilion Euro Menjelang 2028

RIM turut merujuk kajian oleh Konfederasi Persatuan Pengarang dan Komposer Antarabangsa (CISAC) yang menganggarkan kerugian mencecah 10 bilion Euro kepada industri muzik global dalam tempoh tiga tahun akan datang jika tiada kawal selia terhadap muzik janaan AI.

Kajian itu menyatakan, pencipta bukan sahaja kehilangan pendapatan akibat karya mereka digunakan tanpa izin, malah hasil ciptaan AI mula menggantikan muzik manusia di pasaran, sekali gus menjejaskan aliran royalti.

“Ini merupakan situasi yang membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan dalam semua sektor muzik – daripada pencipta, penyanyi hinggalah ke label rakaman,” tegas Rosmin.

20,000 Lagu AI Baharu Diserap Ke Platform Setiap Hari

Fenomena muzik AI kini semakin meluas. RIM mendedahkan bahawa lebih 20,000 lagu janaan AI dimuat naik ke platform penstriman muzik seperti Deezer setiap hari, dan kini membentuk kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan kandungan. Sekiranya trend ini berterusan, karya manusia bakal tenggelam di celah banjir kandungan digital ciptaan mesin.

Tindakan Undang-Undang Global Terhadap Syarikat AI

Industri muzik antarabangsa kini mula mengambil tindakan undang-undang. Pada 2023, syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti Universal Music Group, Concord dan ABKCO menyaman syarikat AI Anthropic kerana didakwa menggunakan lirik lagu milik artis terkenal seperti Beyoncé dan The Rolling Stones dalam latihan model AI tanpa kebenaran.

Tahun berikutnya, RIAA mewakili Sony Music, Universal dan Warner Music turut mengemukakan saman terhadap dua perkhidmatan AI muzik, Suno dan Udio, atas pelanggaran hak cipta yang sama.

Malaysia Perlu Bertindak Segera

Sehubungan itu, RIM menggesa kerajaan Malaysia agar segera merangka kerangka perundangan baharu bagi mengawal penggunaan AI dalam industri kreatif. Rosmin mencadangkan agar pendekatan seperti Akta Kecerdasan Buatan EU dan Akta ELVIS di Tennessee, Amerika Syarikat dijadikan rujukan, kedua-duanya memperkenalkan peraturan ketat terhadap penggunaan data berhak cipta dan perlindungan terhadap suara serta imej individu.

“Malaysia perlu mewujudkan undang-undang yang melindungi karya tempatan serta mewajibkan syarikat AI mendedahkan bahan berhak cipta yang digunakan untuk melatih model mereka,” katanya.

Langkah ini penting bagi memastikan teknologi AI tidak menyekat kreativiti manusia, sebaliknya berfungsi sebagai alat yang menyokong pembangunan budaya dan muzik tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

Sharif Zero berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Bekas Isteri Kedua Pelakon Adi Putra Buat Laporan Polis

Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly, 34, membuat dua laporan di Balai Polis Nilai dengan mendakwa Adi telah memalsukan sijil pernikahan mereka.  Bagaimanapun, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, […]

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Kongsi Tarikh Dengan PRU14, Bruno Mars Live In Kuala Lumpur Diteruskan!

Kepada semua pembeli tiket Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, buat masa ini acara itu masih akan dijalankan mengikut jadual asal. Phew, lega kan?

Featured Thu, 1 Jun 2023
error: Content is protected !!