Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 31, 2025 @ 10:42am

Enggan Panjangkan Isu, Sharif Zero Harap Hubungan Dengan Atu Pulih Semula

Pelawak Sharif Zero, 35, mengakui hubungannya dengan adik-beradik terutama Atu kini tidak begitu baik, namun tetap berharap semua salah faham dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Sharif berkata, dia tidak melihat isu ego sebagai punca kerenggangan hubungan tersebut, sebaliknya menganggap perselisihan faham yang berlaku adalah perkara biasa dalam kalangan adik-beradik.

“Bagi hal keluarga ini, biarlah kami selesaikan perlahan-lahan. Kalau semuanya sudah reda nanti, saya akan jemput semua untuk datang makan di rumah. Saya cuma mohon doa yang baik-baik buat kami semua,” katanya.

Dalam masa sama, Sharif mengakui hatinya terusik dengan keadaan yang berlaku dan tidak menyangka isu berkenaan boleh menjadi sebesar ini.

“Sudah tentu rasa sedih. Saya tak sangka boleh jadi sejauh ini sedangkan bagi saya, perkara macam ini sebenarnya boleh diselesaikan,” katanya.

Menurutnya, dia sebenarnya sudah beberapa kali cuba mendekati adiknya termasuk mengajak berjumpa bagi berbincang, namun usaha itu seolah-olah tidak disambut.

“Jangan kata tiada usaha. Sudah beberapa kali saya ajak berjumpa. Isu duit pun tidak ada. Sama ada mereka datang ke rumah saya atau saya pergi ke tempat mereka, saya okay saja. Yang penting dapat duduk berbincang,” katanya.

Sharif turut menjelaskan dia masih berjumpa ibu dan adik-beradik lain, cuma hubungan dengan Atu belum kembali pulih sepenuhnya.

“Baru-baru ini saya ada jumpa ibu dan adik-beradik, termasuk Atu. Kami sempat main bola sama-sama, cuma biasalah belum boleh bertegur sangat. Ibu pun tahu hal ini, dia anggap ini perkara biasa antara adik-beradik dan percaya kami akan baik semula,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya dia enggan berjumpa apabila pihak sebelah sana cuba menghubunginya, Sharif menafikannya.

“Katanya ada usaha nak jumpa tetapi saya tolak? Betulkah? Berapa kali saya ajak? Itu pun sudah cukup sebagai bukti,” ujarnya.

Sharif ditemui pada sidang media Selangor Havoc Raya Fest di Setia City Convention Centre (SCCC), pada Isnin.

Dalam acara terbabit, Sharif diumumkan sebagai antara pengacara festival berkenaan bersama Fad Bocey dan Danial Zaini.

Festival yang bertemakan ‘Havoc-nya Raya di Kampung’ ini bakal berlangsung selama 96 jam tanpa henti bermula 12 hingga 16 Mac 2026 di Hall 1 & 2, SCCC.

Dalam pada itu, Sharif juga menolak dakwaan kononnya isu berbangkit melibatkan wang, sebaliknya mengakui mungkin situasi bertambah tegang selepas kisah peribadi Atu dikongsikan dalam sebuah podcast sebelum ini.

“Kalau mereka rasa semua ini salah saya, mungkin ya saya akui kesalahan itu. Mungkin saya tersilap bercerita, walaupun niat bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Apa pun, saya minta maaf,” katanya.

Jelasnya lagi, dia berharap semua pihak dapat melupakan perkara negatif dan memberi ruang kepada mereka untuk memperbaiki hubungan yang retak.

“Macam kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih. Saya rindu suasana kami berkumpul seperti dulu. Harap semuanya akan kembali seperti sediakala,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Universal Music Malaysia Ungguli Carta Muzik Malaysia Aidilfitri Ini

Universal Music Malaysia (UMM) ungguli carta muzik Malaysia pada musim raya ini dengan lagu hit terkini & lagu raya klasik nyanian lagenda seperti Tan Sri P Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir, Sharifah Aini & Faizal Tahir.  […]

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Featured Sat, 10 May 2025

“Benda Mendatangkan Fitnah! Kalau Kau Tak Datang Minta Maaf, Jumpa Di Akhirat” – Khai Bahar

“Itu urusan kita dengan Tuhan, buat apa nak buka aib” -Khai

Featured Wed, 17 Aug 2022

Telan 12 Kapsul Ketum Dua Kali Sehari, Seorang Lelaki Masuk ICU

Bahaya ya penggunaan ketum ni.. Semoga diberikan kesembuhan buatnya.

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Trending Wed, 27 Jan 2021

Ini Cara Semakan BPN 2.0 Fasa 2 Kategori M40

Ikuti langkah mudah yang disediakan

Featured Mon, 8 May 2023
Kisah Viral Mon, 3 Mar 2025

“Susah Mana Perjalanan Anda Nak Jadi Baik, Jagalah Sembahyang… Kerana Solat Itu Tiang Agama”- Amira Othman

“Saya memang tak baik, saya penuh dengan dosa. Tapi, saya berpegang kepada solat”- Amira Othman

Featured Sat, 9 Sep 2023
error: Content is protected !!