Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari June 8, 2023 @ 5:26pm

Gabungan Aksi & Komedi, Berjayakah Transformers: Rise of the Beast Menentang Lawan Selamatkan Bumi?

Filem baharu daripada francais Transformers yang berjudul Transformers: Rise of the Beasts ditayangkan secara rasmi di seluruh pawagam di Malaysia bermula hari ini.

Filem bergenre aksi, penggembaraan dan sci-fi ini mengisahkan tentang seorang bekas tentera bernama Noah Diaz (Anthony Ramos) dan seorang pelatih peneliti artifak di muzium bernama Elena Wallace (Dominique Fishback).

Dengan kebolehan masing-masing, mereka bekerjasama dengan Autobots dan Maximals untuk menyelamatkan bumi daripada Unicron dan Terrorcon.

Walaubagaimanapun, perjuangan mereka bukan sesuatu yang mudah untuk melawan musuh yang hampir kebal. Adakah mereka akan berjaya?

Watak-Watak Robot

Dalam filem ini, watak robot yang menonjol persembahannya adalah Mirage (Pete Davidson) yang membawa sentuhan komedi dan memiliki kepercayaan terhadap manusia dengan wataknya yang ‘playful’.

Kita juga diperkenalkan dengan Maximal yang mempunyai empat watak iaitu Optimus Primal (robot gorilla), Rhinox (robot badak sumbu), Cheetor (robot Cheetah) dan Airazor (robot Helang) yang mana mereka bergabung dengan Autobots serta watak Noah dan Elena untuk bertarung dengan watak antagonis.

Penceritaan

Secara jujurnya, filem ini dipersembahkan secara ‘straightforward’ dan mudah untuk difahami penonton dengan berlatarbelakangkan tahun 90-an.

Tiada ‘plot twist’ dan ‘wow factor’ yang akan membuatkan anda hilang akal kerana anda boleh meneka apa yang bakal berlaku selepas setiap babak.

Namun begitu, filem ini memberikan anda pengalaman yang lain di mana filem ini bermain dengan perasaan anda.

Malah, sebuah dialog yang berbunyi ‘Dia hanya terperangkap. Kejahatan takkan hapus selamanya’ seperti memberi bayangan kepada penonton bahawa sekuel ini mempunyai sambungan. Mungkin?

Transformers: Rise of the Beast ini juga sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana jalan ceritanya yang tidak berat namun masih menarik.

Secara peribadinya, filem ini masih menarik untuk tontonan santai walaupun penyampaiannya ada kekurangan yang sepatutnya boleh digilapkan.

Jangan lupa saksikan Transformers: Rise of the Beast di pawagam bermula hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

Hun Haqeem Terkejut David Teo Bongkar Kes Saman Langgar Kontrak MIG… Akui Tak Simpan Dendam

Semoga dipermudah segala urusan Hun nak selesaikan kes saman

Featured Tue, 29 Nov 2022

Berang Aib Afiq Muiz Tercalar, Aishah Azman Dakwa Bekas Kakak Ipar Ada Sisi Gelap – “Curang, Minum Arak, Makan Bab*”

Fuhhhh, pentingnya jangan dengar sebelah pihak saja 🥴😮‍💨 Apapun moga semua baik baik saja

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Intan Najuwa Bakal Timang Anak Kedua – “Lunara Is Going To Be A Big Sister”

Tahniah Intan Najuwa, sedang hamil dan bakal timang anak kedua!

Trending Sun, 26 May 2019

Mukhriz Mohon Maaf Pada Sultan Johor

Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kejadian itu menerima kecaman hebat netizen yang rata-ratanya tidak setuju dengan tindakan menteri besar itu.

error: Content is protected !!