Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 25, 2026 @ 11:28am

PU Riz Beri Teguran, Dakwa Ramai Hilang Pedoman Demi Populariti

Meluahkan rasa kebimbangan terhadap penggunaan media sosial sejak kebelakangan ini, pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz berkata, ramai yang menghasilkan kandungan yang tidak mempunyai manfaat semata-mata mahu meraih perhatian.

“Lagi bodoh, lagi ‘trending’. Dulu ada seorang cendekiawan berkata, orang bodoh diangkat, orang orang cerdik dibelakangkan, makin bodoh, kadang-kadang makin diangkat.

“Hari ini, jika nak dibandingkan sangat berbeza dunia media sosial. Orang yang tenang duduk dalam rumah elok-elok, tiba-tiba cerita cerai yang keluar. Bagaimana boleh berlaku kita pun tidak tahu dan pening apabila difikirkan semula,” katanya di Threads.

Malah, PU Riz menegaskan, dia bimbang apabila sikap terlalu ‘open minded’ dalam kalangan ibu bapa zaman sekarang hanya akan memberi kesan buruk terhadap anak-anak pada masa hadapan.

“Ibu ayah yang di TikTok mula libatkan anak joget sama-sama. Mak pula yang arah adik buat begini bagi nampak seksi, solek tebal-tebal. Maka jogetlah mereka disaksikan seluruh dunia.

“Yang lebih lalai dan durjana ibunya juga seronok apabila si anak meraih tontonan jutaan angka. Maka makin meriah kedunguan yang berlaku lalu diikuti,” kongsinya.

Akuinya, dia kesal apabila terdapat segelintir pengguna media sosial yang semakin berani mengejek teguran yang diberikan oleh agamawan.

“Apabila ada asatizah tegur atau orang yang memesan, apa yang ditulis? Penunggan agama, tidak menyeronokkam, kuno and paling terbaharu, tidak bersifat terbuka.

“Maka terbantutlah dan mandulah kefahaman orang awam terhadap apa yang berlaku. Kita dalam hidup ini senang saja mahu tahu perkara itu baik atau buruk soleh atau tholeh. Kita ikut sahaja apa yang disebut Allah dan Rasul,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Mar 2018

31-Year-Old Mum Decides to Study in Kindergarten for Daughter’s Sake

Some people would be too embarrassed at this point, but this mum would do anything for her daughter.

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Thu, 29 May 2025
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

DFKL工作坊圆满落幕 吴俐璇自嘲拍《假面2》老了

第5届吉隆坡电视剧节(DFKL)工作坊于上周末圆满落幕,该活动成功吸引了近千位热爱演艺的朋友参与;其中电视剧《假面2》演员也到场进行见面会,全程以马来语互动,其中吴俐璇更自嘲演《假面2》年纪大。

Featured Fri, 25 Jul 2025

“Wannabe Gangster, Kaki Buli Memang Tak Cool!”- Alif Satar

Kata Alif, jadi gangster atau kaki buli tak ada siapa yang akan hormat.

Events Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Intan Payung Layak Ke AJL36, Noraniza Idris Bakal Nyanyi Dengan Bunga

Bintang rap wanita, Bunga, 22, mengesahkan dia bakal mempertandingkan lagu kolaborasi Intan Payung bersama penyanyi Noraniza Idris di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36). Perkara ini juga menjawab status penyanyi baru, Amsyar Leee yang menggantikan […]

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

error: Content is protected !!