Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie October 12, 2023 @ 6:26pm

Bella Dally Kini Aktif Sebagai Penerbit, Isyarat Undur Diri Dalam Dunia Lakonan?

Aktres jelita, Bella Dally yang kini aktif sebagai penerbit menafikan dakwaan dia sudah mengundurkan diri dalam dunia lakonan.

Mengusahakan rumah produksi Ariz Capital Sdn Bhd bersama suami, Arif Izuddin Mohd Radzali, Bella masih menerima tawaran lakonan namun memilih untuk menerima naskhah yang kena dengan jiwanya.

“Saya kini berjinak-jinak dalam dunia penerbitan drama, tetapi masih menerima tawaran lakonan. Ada orang tanya, saya dah tak berlakon ke?

“Mereka tak tahu saya masih lagi berlakon sebab saya jarang keluar di kaca televisyen. Jadi orang ingat saya sudah berhenti berlakon, sebenarnya ada saja.

“Suami sentiasa memberi sokongan tetapi bila baca skrip yang tak kena dengan kehendak saya, saya tolaklah tawaran tersebut,” kata Bella kepada XTRA.

Bercerita mengenai cabang seni baharu yang diceburi bersama suami, Bella mengakui keuntungan sebagai penerbit tidaklah besar seperti yang disangka.

“Saya sanggup untuk menghadapi risiko demi menghasilkan sebuah drama yang berkualiti walaupun tidak mengaut keuntungan. Keuntungan memang tak besar mana. Tapi disebabkan minat, saya dan suami berani berhadapan dengan risiko.

“Saya mahu hasilkan drama dengan naratif yang lebih ‘menyegarkan’ dan terkini, seiring dengan dunia yang moden hari ini. Saya juga suka dengan tema memperkasakan wanita.

“Walaupun saya rasa ia merupakan satu cabaran kerana orang masih suka drama klise yang menangis, suami isteri bergaduh. Tapi ini adalah jiwa saya, women empowerment. Itulah kata kuncinya,” jelas Bella.

Bella ditemui di majlis pelancaran drama terbitannya, Cik Misi 123 di Publika pada Rabu.

Bersiaran di Astro Prima, drama yang dibintangi oleh Adam Lee, Sweet Qismina, Bella Dally, Hafreez Adam, Faizdickie dan Safwan Nazri ini mengisahkan tentang konflik dan percintaan antara pelajar serta pensyarah di sebuah kolej kejururawatan.

Untuk rekod, Cik Misi 123 merupakan naskhah kelima terbitan Bella dan suami.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 May 2026

Jazmy Juma Mahu Cabar Diri Bawa Watak ‘Psycho-Thriller’ & Komedi – “Tak Mudah, Perlu Persediaan Banyak”

Jazmy turut mengakui setiap karakter yang dibawa memberi pengalaman berbeza dan banyak mengajarnya mengenai kehidupan.

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

“Terima Kasih Pilih Damai, Bukan Ego” – Noor Nabila Hargai Sharnaaz Ahmad Tepati Janji

Personaliti media sosial terkenal, Noor Nabila mencuri tumpuan apabila menitipkan ucapan penuh makna daripada buat bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, sempena hari lahirnya. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nabila meluahkan rasa penghargaan atas kerjasama […]

Featured Wed, 14 Jan 2026

“Always Put Yourself In Other Shoes” – Netizen Puji Sikap Rita Rudaini Pejuang Hak Pendidikan Anak-Anak & Ibu Bapa

Kelantangan dan keberanian pelakon versatile, Rita Rudaini dalam memperjuangkan hak ibu bapa dan anak-anak khususnya dalam isu pendidikan terus menerima sokongan positif daripada netizen.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Menyeramkan! Rasai Pengalaman Bersama TRAIN TO BUSAN Hanya Di Genting Highlands!

Ingat ya, sekali dah masuk memang tak boleh patah balik guys!

error: Content is protected !!