Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom April 25, 2018 @ 11:00am

Sekali Cuba Hendak Lagi, Fradoo ABC Special Madness Bikin Pelanggan Ketagih!

Adakah anda seorang peminat tegar Air Batu Campur (ABC) yang juga disebut sebagai Ais Kacang? Jika benar, halakan perjalanan anda ke Fradoo ABC Special Madness yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, untuk merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan ABC yang cukup lazat di sini.

Foto : Fried Chillies

Fradoo ABC Special Madness bukanlah asing bagi penduduk Shah Alam bahkan ia merupakan port tumpuan ramai  terutamanya student kerana lokasi medan selera ini berdekatan dengan kampus utama Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam.

Foto : Fried Chillies

Bagi mereka yang pernah ‘pekena‘ ABC di sini pasti menyukainya. Bak kata orang sekali cuba pasti hendak lagi. Tidak hanya menyediakan hidangan ABC, stall ini turut menjual aneka pencuci mulut seperti laici kang dan cendol pulut aiskrim. Manakala ABC pula terdapat dalam pelbagai variasi iaitu ABC Jagung, ABC Milo, Classic ABC dan beberapa lagi yang mana semuanya sedap-sedap belaka.

Foto : My Fave

Sedap sangat ke ABC di situ? Memang sedap! Cukup rencah, cukup bahan, cukup rasa. Memang puas makan dengan harganya yang berbaloi-baloi. Tak percaya? Anda kenalah cuba sendiri.

Foto : Fried Chillies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

Featured Wed, 14 Apr 2021

2 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Ke Universiti Harvard

Dua orang pelajar Malaysia menjadi inspirasi ramai apabila berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard. Kedua dua pelajar tersebut ialah Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi yang berasal dari Kuantan, mereka bakal memasuki […]

Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

Featured Mon, 24 Mar 2025

Sah Cerai Talak Satu Buat Kali Kedua, Diana Danielle & Farid Kamil Saling Bersalaman

Diana Danielle dan Farid Kamil akhirnya menemui kata putus apabila ikatan perkahwinan yang dibina selama 13 tahun terlerai.

error: Content is protected !!