Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 28, 2020 @ 10:22pm

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Penularan wabak COVID-19 kini mencatat 596,761 kes positif COVID-19 membabitkan 25,310 kematian di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan ketara iaitu 104,007 kes berbanding 83,836 kes, awal pagi semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan akan keadaan di AS yang mencatat pertambahan 20,181 kes positif COVID-19 hari ini, lebih-lebih lagi kes jangkitan di negara itu meningkat sebanyak 200 peratus dalam masa tiga hari iaitu dari 27,630 kes pada 23 Mac kepada 83,672 kes, kelmarin (26 Mac 2020).

Reuters melaporkan keadaan di AS semakin meruncing apabila beberapa hospital di New York, New Orleans dan Detroit dikatakan kekurangan keperluan peralatan serta perubatan bagi merawat kes jangkitan COVID-19.

Petugas kesihatan di Pusat Hospital Brooklyn membuat saringan COVID-19 di luar bangunan hospital berikutan peningkatan kes jangkitan di New York. (Gambar Spencer Platt/Getty Images/AFP)

Selain memerlukan pakaian perlindungan diri, kebanyakan hospital di negara itu memerlukan lebih banyak alat bantuan pernafasan dan mesin oksigen bagi membantu pesakit kronik yang positif COVID-19.

AS turut menggerakkan Tentera Kawalan Kebangsaan dan kapal hospital Military Sealift Command, USNS Mercy bagi membantu membendung penularan COVID-19 di negara itu. Kapal berkenaan yang kini berlabuh di San Diego, California akan dijadikan hospital rujukan untuk pesakit biasa supaya hospital utama dapat memberi tumpuan pada rawatan kes COVID-19.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan Kerajaan meluluskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$2.2 trilion (RM9.52 trilion) bagi memulihkan ekonomi dan rakyatnya termasuk menyalurkan bantuan tunai kepada perniagaan dan pekerja yang terjejas kerana perintah berkurung.

AS menggerakkan Tentera Kawalan Kebangsaan bagi menguatkuasakan perintah berkurung di New York. (Photo by Bryan R. Smith / AFP)

Sementara itu, negara di Eropah terus menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan Itali yang merekodkan peningkatan daripada 80,859 kes jangkitan semalam kepada 86,498 kes hari ini membabitkan jumlah kematian tertinggi iaitu 9,134 kes.

Sepanyol turut mencatat angka kematian yang tinggi iaitu 4,858 kematian daripada 65,719 kes positif COVID-19 hari ini, berbanding 4,365 kematian dan 57,786 kes jangkitan, semalam.

Jerman merekodkan 50,871 kes jangkitan dengan 262 kematian, manakala Perancis 33,402 kes dan 1,995 kematian, diikuti United Kingdom 14,745 kes dan 759 kematian serta Switzerland 12,928 kes membabitkan 161 kematian.

Bagaimanapun, data bagi China tidak menunjukkan perubahan ketara iaitu sebanyak 81,897 kes jangkitan dan 3,296 kematian hari ini, membabitkan peningkatan hanya 15 kes daripada 81,782 kes jangkitan semalam dengan 3,291 kematian.

Di Malaysia, satu lagi kematian dicatatkan pada hari ke-11 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 sebanyak 27 kes.

Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2,162) itu membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Featured Fri, 28 Mar 2025

Anak Sulung Terima Keputusan Cemerlang, Rita Rudaini Luah Rasa Bangga – “Ingat Mak Awak Ni Awan Nano”

Anak kepada pelakon popular, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan sekali lagi menerima keputusan cemerlang apabila menerima Anugerah Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.

Featured Thu, 3 Jul 2025

Isteri Tampil Backup, Titip Kata Semangat Buat AC Mizal – “Apa Yang Susah Sangat Sampai Semua Nak Jadi Isu”

Kata Emylia, dia akan sentiasa ada dan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap suaminya

Featured Wed, 30 Apr 2025

Aliff Syukri Mengaku Berjaya Raih Gaji Lebih RM200,000 Di TikTok

Datuk Seri Aliff Syukri mengaku dia berjaya meraih lebih RM200,000 dalam masa dua jam lebih.

Featured Fri, 6 Dec 2024
Featured Wed, 11 Mar 2026

Sharifah Aryana Kini Berhijab – “Niat Saya Betul-Betul Nak Berubah Lebih Baik”

Pelakon Sharifah Aryana atau lebih mesra disapa Yana Alyahya berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengenakan hijab sebagai langkah perubahan yang lebih baik dalam hidupnya.

Acara Wed, 7 Aug 2019
Featured Mon, 26 Aug 2024

Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”

Oh, menusuk ke kalbu betul kata-kata netizen. Tapi apa yang ditulis tu ada betulnya👀 Moga baik-baik untuk semua!

Featured Wed, 25 Aug 2021

26 Guru Di Perlis Didakwa Enggan Terima Vaksin

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi […]

Featured Wed, 11 May 2022

“360 Dia Ubah Saya…” – Rosnah Mat Aris Bahagia Kahwin Lelaki Muda

Semoga rumahtangga Kak Ros terus bahagia selamanya…

error: Content is protected !!