Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 6, 2025 @ 2:41pm

Setahun Tak Berjumpa, Hafidz Roshdi Tak Tahu Khabar Anak-Anak Di Australia – “Bekas Isteri Ke Sana Tanpa Izin Saya”

“Humairah, Umar… abah sangat rindu dan sayangkan kalian,” demikian luahan hati pelakon, Hafidz Roshdi yang mengakui sudah lebih setahun tidak bertemua kedua-dua anaknya.

Memetik laporan Harian Metro, Hafidz berkata kali terakhir mereka berhubung adalah menerusi panggilan video sebelum berpindah ke Australia mengikut bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri tanpa meminta izin darinya.

“Kalau ikutkan lebih setahun saya tidak bertemu anak-anak. Saya tak tahu keadaan mereka sekarang ini. Maklumat terbaru yang saya dapat tahu, mereka dibawa ibunya ke Australia tanpa pengetahuan dan izin saya.

“Namun, kepada Umar dan Humairah, abah nak beritahu yang abah sangat rindu dan sayangkan kalian berdua. Abah harap kita dapat jumpa satu hari nanti, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Hafidz iaitu, Puteri Ummi Karitini memaklumkan telah menghantar surat sebanyak empat kali kepada bekas peguam Shuhada untuk mengadakan perjumpaan namun tidak berbalas.

“Dalam surat itu kami ada bertanyakan mengenai alamat terkini dan nama sekolah anak-anak supaya anak guam saya dapat mencari jalan untuk bertemu mereka, namun tidak diberikan.

“Kami hanya mendapat maklumat mereka kini menetap di Australia dan seperti yang kita sedia maklum negara itu terlalu besar untuk anak guam saya mengenal pasti lokasi sebenar anak-anak mereka menetap sekarang ini,” katanya.

Pada pagi Khamis, Hafidz memfaikan dua tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap kedua-dua aaknya itu.

Puteri Ummi memaklumkan kes perbicaraan kes akan bersambung pada 25 Februari ini.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai 2023.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Wed, 8 May 2024
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Fri, 23 Jun 2023

Bakal Dinikahkan Malam Ini, Ibu Shuib Dedah Watie Mirip Arwah Siti Sarah

Wahh semoga dipermudahkan segala urusan Shuib & Watie

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Uqasha Senrose Akui Berat Bertambah Kerana Watak

Berat badan naik, Don’t care!

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Jangan Malu Dengan Gelaran ‘Janda’- Fasha Sandha

Semoga Fasha & anak-anak terus bahagia…

error: Content is protected !!