Hiburan By: SGMS Enal July 28, 2019 @ 2:00pm

Badan & Kening Aset, Paling Seksi Remy Ishak

Pelakon kacak Remy Ishak mengakui bahagian kening dan mata pada wajahnya merupakan tarikan paling seksi yang dimiliki.

Jelas Remy, penilaian itu berdasarkan pandangan peminat dan orang ramai terhadap dirinya sepanjang bergelar selebriti.

“Pengiktirafan itu di luar jangkaan saya dan saya tak mampu nak jawab sebab kalau jawab nanti saya rasa saya perasan.

“Biasanya orang seksi tak rasa dia seksi pun, jadi saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun. 

“Saya adalah manusia biasa yang bekerja sebagai pelakon menghiburkan orang.

“Pakai pun macam orang biasa-biasa. Alhamdulillah syukur orang label saya sebagai seksi, diangkat satu darjat.

“Mungkinlah bahagian tubuh yang seksi adalah kening dan mata saya, itu pun berdasarkan komen orang. Kata mereka dari mata turun ke hati,” kata Remy tertawa.

Remy ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu Minaz di pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, jelas Remy, dia menyifatkan definisi seksi adalah kematangan berfikiran bukan semata-mata fizikal dan bentuk badan.

“Ada orang menilai seksi daripada fizikal, sikap dan cara berfikiran. Jadi, ia terlalu individual. 

“Tetapi bagi saya ia merangkumi semua benda terutama cara kita membawa diri sendiri. Fizikal, tubuh badan dan kematangan pun satu benda yang seksi,” tambahnya.

Baru-baru ini, Anugerah Stail EH! 2019 mengiktiraf Remy sebagai selebriti lelaki paling seksi tahun ini.

Kredit: Gempak Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Featured Tue, 6 Dec 2022
OMG Sat, 26 May 2018

Lawak! Troll Diva AA Curi Perhatian

keterujaan netizen terhadap Diva AA dan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tidak berhenti setakat itu. Kalau nak tahu, kenalah baca artikel ini!

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Pelakon Filem Paskal Akhirnya Bertemu ESSCOM

Diharap segala proses memberi keterangan berjalan lancar

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

李幸倪 816 回马公开举办《浮世绘》专辑发布会!

「实力小天后」Gin李幸倪8月16日回马举办,《浮世绘》专辑公开发布会!

Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Wed, 28 Nov 2018

黄鸿升、玉兔、李艳馨来马宣传《舞极限》

配合电影《舞极限》即将上映,导演李闳杰将于12月1日至3日,携演员小鬼、玉兔和李艳馨一起北中南马展开电影宣传活动。

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Teguran Berhemah Zul Yahya Mengenai Foto Tular Dipuji Netizen

Terimalah teguran Zul Yahya dengan hati yang terbuka ya?

Featured Mon, 9 May 2022

Hukuman Berat Menanti Ibu Bapa Jika Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Setuju hukuman ini dilaksanakan, apa pendapat korang?

| Live TV

error: Content is protected !!