Hiburan By: Padin October 21, 2021 @ 2:05pm

Selepas Lotus, Forceparkbois Tampil Dengan Sheessh Flow

Setelah menggegarkan industri seni pada tahun ini dengan kehadiran single yang berjudul Lotus, kumpulan hip hop yang dikenali sebagai Forceparkbois (FPB) yang dianggotai oleh 11 anggota iaitu Chik, Nakalness, Noel, Blxckid, Aset.bo, Han Panas, Pab, Laws, Aali.3gp, and N$H dan Fuegone kini hadir pula dengan single terbaru mereka yang berjudul Sheessh Flow.

Sheessh Flow adalah sebuah single mengenai satu perkataan yang viral di media sosial iaitu ‘Sheessh’ dan juga trending di TikTok dan Instagram.

Mengilhamkan perkataan ‘Sheessh’ itu sendiri untuk single terbaru mereka ini, FPB terinspirasi dengan hasil perkataan itu dan akhirnya terjadilah Sheessh Flow.

“Sheessh Flow itu bermaksud sama seperti ‘flexing’ tapi bukan ‘flexing’ duit atau yang sewaktu dengannya, tetapi hanya untuk fesyen dan jenama pakaian yang semua orang Malaysia pakai.

“Bait-bait lirik pun banyak ayat untuk flex apa yang kami ada pada zaman sekarang,” jelas wakil dari FPB.

FPB juga dapat merasakan ia adalah sebahagian daripada gaya hidup dan budaya masa kini, lalu FPB memutuskan untuk mencipta dan merakamkan single yang berkait dengan perkataan itu dengan gaya mereka yang tersendiri.

“Single ini terhasil apabila seorang dari rakan kami datang ke studio dengan memakai kasut baru, jadi kami pun memberi reaksi dengan perkataan ‘sheessh’ sebagai tanda bersorak dan bergurau.

“Lalu kami pun ambil keputusan utk menghasilkan lagu yang berjudul ‘sheessh’ kerana kejadian itu,” katanya lagi.

Single ini juga disiapkan dalam masa satu bulan dan seluruh anggota FPB berharap agar lagu ini dapat menggegarkan industri seni tanah air dan industri seni antarabangsa seperti yang terjadi kepada lagu Lotus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 81100 JOHOR BAHRU (@forceparkbois)

Bagi video muzik Sheessh Flow pula, ia merupakan arahan Gifix Film dan menunjukkan sisi kehidupan zaman kini.

Video muzik ini juga dirakamkan di dalam kedai mereka sendiri bernama The After Market yang menjual barangan untuk anak muda yang sesuai dengan peringkat umur para pendengar FPB dan penggambaran bagi video muzik ini juga hanya mengambil masa selama satu hari.

Lagu Sheessh Flow terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, dan Deezer bermula 15 Oktober 2021 manakala video muzik rasmi Sheessh Flow boleh ditonton di saluran YouTube FORCEPARKBOIS WORLWIDE.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

“Mak Tak Kuasa Nak Layan Kau Semata-mata Layan Glamour Kau, Tanpa Pengisian Ilmu,” Cara Bonda Nasihat Aliff Syukri

Hubungan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Sri Hajjah Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang sarat mengandungkan anak mereka yang kelima, umpama retak menanti belah dan mereka dikatakan kini tinggal berasingan.  Dalam pada […]

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

Raja Ilya Terkejut Dilamar Kenalan Lama

Raja Ilya yang merupakan pemilik bisnes Richiamo Coffee ini juga memberitahu bakal suami sudah 15 tahun bersendirian tanpa kekasih. Namun hatinya tergerak untuk berkahwin selepas menemuinya.

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Wed, 16 May 2018

Cabaran Berpuasa Kali Ini Lebih Mencabar – Siti Nurhaliza

Siti akan cuba setakat yang mampu. Jika bekalan susu tidak terganggu dan Aafiyah juga kenyang, rasanya tiada masalah untuk berpuasa seperti biasa.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Panas! Ini Realiti Sebenar Kehidupan Sajat

Saksikan episod kedua Nur Sajat Rated Xtra dengan pelbagai kejutan-kejutan yang bakal menyusul sempena sambutan hari lahir beliau. Nak tahu apakah kejutan tersebut? Jangan lupa saksikan episod penuh kegembiraan Sajat hanya di www.tonton.com.my

Hiburan Tue, 7 Jan 2020