Hiburan By: Khairil Khusyairi May 1, 2024 @ 11:00am

Teruja Dapat Peminat Baharu, Dolla Bakal Buat Show Sekali Lagi Di China

Kumpulan sensasi, Dolla mengakui gembira apabila dapat membuat persembahan di program realiti televisyen (TV) di China, Show It All, baru-baru ini.

Menurut Dolla yang kini dianggotai Angel, Tabby dan Sabronzo itu, selain dapat menimba ilmu dan pengalaman baharu di peringkat antarabangsa, mereka juga turut menerima peminat baharu.

“Kami gembira dengan respon daripada semua pihak mengenai kemunculan kami di pentas di China, baru-baru ini.

“Kami juga dapat ramai peminat baharu di sana.

“Di pasaran antarabangsa, banyak pihak yang membuka mata dengan Dolla terutamanya di Singapura dan juga Indonesia,” ujar Dolla ketika ditemui.

Berkongsi lebih, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, Dolla juga bakal menerima jemputan untuk membuat ‘show’ di China kelak.

“Dolla juga bakal terima jemputan ‘show’ di China. Ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Harap ia menjadi kenyataan sebab sekarang jadual Dolla sangat padat jadi ia perlukan masa yang terbaik.

“Ia memerlukan sekurang-kurangnya tempoh seminggu di China jadi kami kena pastikan dapat masa yang terbaik,” ujar Kim.

Dalam pada itu, Kim turut memaklumkan pihak pengurusan tiada perancangan untuk mencari ahli baharu Dolla sebaliknya fokus mencapai objektif kumpulan.

“Kami ada banyak perancangan untuk Dolla terutamanya di pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia.

“Yang paling penting jenama ini perlu terus kehadapan dengan 3 anggota Dolla kini.

“Buat masa ini, kami tiada masa untuk fikirkan soal itu (ahli baharu),” jelasnya lagi.

Terdahulu, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pada Sabtu lalu.

Teka-teki akhirnya terjawab apabila Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, memuat naik foto bersama suami dalam persalinan serba putih.

Ternyata berita pernikahan tersebut menjadi bualan ramai apabila keputusan tersebut dibuat selepas Syasya berundur daripada kumpulan Dolla dua minggu lalu.

Untuk info, Dolla ditubuhkan pada 2019 selepas Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan dalam satu uji bakat pencarian penyanyi wanita baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla Akhirnya Beri Respons Pengunduran Syasya, Pihak Pengurusan Maklum Tak Guna Pakai Kontrak Halang Artis Dibawah Naungan Berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Individu ‘Bitter’ Syasya Rizal Buat Keputusan Untuk Kahwin & Tinggalkan Dolla – “Hope It’s Worth It Choosing A Guy Over Fans”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Doakan Anak Saya’- Anak Daus Drama Band Kini Di ICU

Pemain bass kumpulan Drama Band, Daus memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak keduanya, Nurul Adni Nuha yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Trending Tue, 9 Jul 2019

Ibu Rayu Sumbangan RM100,000 Tampung Kos Pembedahan Anak

Bantulah walaupun RM 1 buat si adik comel ini

LIFESTYLE Thu, 12 Apr 2018

8 Misconceptions About Botox Debunked by an Aesthetic Doctor

It’s not as bad as we all think it is.

Featured Fri, 21 Oct 2022

Yazmin Aziz Kongsi Tips Berjaya Turun Berat Badan 8 Kilogram Tak Sampai Sebulan!

Fuhh tak sampai sebulan dah macam ni rupanya? Power lah besprennn

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu!

Selebriti Tue, 7 Nov 2023