Hiburan By: Del14 October 4, 2019 @ 11:15pm

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Nama Vivy Yusof, usahawan dan pengasas bersama Fashion Valet dan The dUCk Group ini begitu popular di kalangan warganet semasa dia masih belajar dalam jurusan undang-undang di London School of Economics menerusi blognya ‘Proudduck’.

Ikon gaya dan media sosial yang mempunyai 1.8 juta pengikut di instagram dan lebih kurang 250k ‘hits’ di blognya saban hari ini juga telah berjinak-jinak dengan ‘vlogging’ dan mempunyai rancangannya sendiri di YouTube!

Bukan itu sahaja, Vivy atau Datin Vivy Sofinas Yusof dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Institut Teknologi Mara pada bulan Mei yang lalu. Satu pencapaian yang sangat menakjubkan bukan? 

Ketika ditemui di majlis pelancaran butik dUCk yang ke-5 di pusat membeli-belah One Utama, Damansara Utama, Vivy ditanya bagaimana dia membahagikan masa sebagai seorang ibu, seorang usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri, sebagai seorang blogger, pengarah dan sebagainya. 

“Semua orang akan ada kesukaran untuk membahagi-bahagi kan masa untuk kerja, keluarga, juga untuk diri sendiri..jadi pengurusan masa itu amat penting. Tak boleh buang masa macam tu je dan kena cekap bila buat sesuatu kerja.  

“Bila sedang bekerja, tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang sedang dilakukan. Bila kat rumah pula, pastikan masa bersama keluarga dan anak-anak digunakan dengan betul.  Luangkan masa yang sedikit itu dengan memberi perhatian yang tak berbelah bahagi kepada mereka. Barulah kita akan rasa puas sebab dah cuba sedaya upaya untuk menggunakan masa yang kita ada dengan sebaik mungkin,” ujar Vivy yang pernah tersenarai dalam senarai ‘Asia’s Top 30 under 30’ Forbes bersama-sama Neelofa.  

Siapa sangka ‘The dUCk Group’ telahpun berusia 5 tahun dan apabila melangkah masuk ke butik dUCk yang ke-5 ini, ia ibarat seperti memasuki perpustakaan! Konsep terbaharu butik dUCk di One Utama berlainan dari konsep-konsep sebelum ini di mana menurut Vivy pelanggan boleh memilih dan mengambil sendiri tudung dUCk yang dipilih di panel dinding ‘perpustakaan’ tersebut.

Mungkinkah satu hari nanti ada butik dUCk yang sebesar dan se-gah Starfield Library di Seoul? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Nikah Ikut Prosedur Fattah Amin dan Fazura

Fattah Amin dan Fazura mengikut prosedur bernikah seperti orang biasa dan wakil JAWI juga turut ada

Events Mon, 17 Dec 2018

Sambut 300 Kanak-Kanak Bertemakan Harry Potter Krismas Ini

Merry Krismas Adik-adik! Seronoknya mereka ni kan?

Events Sat, 31 Aug 2019

第二届台马音乐人交流会!30位台湾音乐人来马促进交流

第二届台马音乐人交流会收获满满!台湾和马来西亚音乐厂牌达致两地合作,第二届「城市巨响音乐节」明年一月出击。

Featured Thu, 24 Jun 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Julai 2021 Dan Cara Semak (Bulan Terakhir Kategori 2)

Isu i-Sinar masih lagi menjadi perdebatan hangan netizen di laman sosial. Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar? Baca artikel berkaitan :

Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Lafaz 2 Kalimah Syahadah, Marine El Himer Akui Sudah Memeluk Islam

Model dan bintang terkenal Perancis, Marine El Himer mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan dia sudah memeluk Islam menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.   View this post on Instagram   A post shared by 🇫🇷

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

“Tak Salah Kan Berniaga?” – Zara Zya

Nampaknya, manusia sekarang makin tenat. Asyik dengki je kan

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Korea’s Kpop Industry “Big 3” Might Shift In 2020 With YG Leaving The Group

So which company will be joining the “Big 3” for 2020?

| Live TV