Hiburan By: Fatin Nurain February 27, 2024 @ 11:00am

Sherry Ibrahim Serah Soal Jodoh Pada Takdir – “Bukan Tak Nak Kahwin…”

Pelakon Sherry Ibrahim mengakui antara perkara yang dihajatkannya ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, Makkah, pada akhir tahu lalu adalah jodoh.

Menurut Sherry, dia menyerahkan urusan jodoh itu kepada Allah kerana usianya sudah menginjak 41 tahun.

Namun, dia turut merebut peluang untuk berdoa tentang perkara itu di setiap tempat yang mustajad untuk berdoa ketika menziarahi Makkah dan Madinah.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan saya ketika tunaikan umrah, akhir tahun lalu. Saya mahu pergi berdoa di Jabal Rahmah, namun, saya tidak sempat.

“Saya ada masa singkat, kurang dari 10 hari sebab saya buat sendiri atau ‘DIY’, tanpa pergi kursus, semuanya saya belajar di sana. Memang rasa sangat kerdil, tapi Allah Maha Besar, Allah permudahkan semuanya.

“Saya berhajat saya mahu berdoa di beberapa tempat dan Allah makbulkan. Di semua tempat mustajab itu saya doakan jodoh saya.

“Jadi kita tunggu sahaja jawapan dari Allah sebab itu semua rahsia Allah. Kita cuba yang terbaik, kalau ada jodoh… Insya-Allah,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Sherry turut menyatakan dia tidak bersedih kerana jodohnya lambat tiba, namun percaya dengan segala aturan Sang Pencipta.

“Bukan tak hendak berkahwin. Namun, tidak mendirikan rumah tangga tidak berdosa kerana Allah menjadikan yang terbaik buat kita. Mungkin saya tiada jodoh di sini, jodoh saya di syurga nanti.

“Jadi saya sudah berserah. Mungkin ada hikmahnya, saya kena perbaiki diri dan jaga ibu bapa. Kita kena tengok dari sudut positif. Kalau dengar orang bertanya, memang kita terasa, sebab siapa yang tidak mahu berkahwin.

“Bukannya saya mahu ‘single’ selama-lamanya. Berpasangan sebelum ini semuanya tak jadi, nak buat macam mana? Bukannya saya tak keluar dengan orang tapi belum sampai waktu.

“Saya sudah 41 tahun, sudah biasa hidup macam ini. Saya ada kawan-kawan yang sayangkan saya. Keluarga termasuk peminat juga beri sokongan kepada saya,” katanya.

Sherry berkata, dia mengimpikan pasangan hidup yang memahami dan boleh menjaga dirinya dengan baik.

“Kalau ada orang masuk meminang dan keluarga bersetuju dan saya fikir okay, saya teruskan sahaja. Saya sudah doakan semua itu.

“Saya mahu cari orang yang mahu bersama saya ketika susah dan senang. Kita mahu cari orang yang sayang kita lebih sebenarnya.

“Wanita apabila sudah berusia lebih 40 tahun mahukan lelaki sebegitu. Jadi, saya mahu orang yang boleh menjaga saya… Tidak minta lebih. Hendak nikah, bawa cincin sahaja,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Apr 2022

Mawi Tak Kisah Dilabel Sebagai ‘Suami Takut Bini’

Jarang-jarang kan suami berani nak mengaku takut bini…

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Events Mon, 28 Jan 2019

Pokémon: Catch ‘Em All at Genting Highlands in February

Catch Pokémon The Movie: The Power of Us at Resorts World Genting next month.

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Wed, 7 Nov 2018

Hetty Sarlene Dikatakan Tiru Rekaan Baju Che Ta

Rekaan baju dikatakan sama dengan Che Ta diinsipirasikan daripada burung merak, siapa sebenarnya yang mereka rekaan ini dahulu..

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Muncul Dalam MV Kekasih Pujaan Berbaju Melayu, Nur Sajat Bangga Sejak Kecil Jadi Rebutan – “Korang Tak Mampu Nyah”

Sajat tanya muka korang ada masuk video klip? Korang mampu? 🔥Ramai betul puji Sajat hensem eh…