Kisah Viral By: Padin October 16, 2023 @ 8:34pm

Sikap Culas Bekas Suami Jadi Punca Siti Jamumall Nekad Cerai! – “Pernah Dapat RM50 Saja Nafkah Dalam Masa Setahun, Paling Banyak RM200”

Sikap tidak bertanggungjawab bekas suami menjadi punca pempengaruh Siti Jamumall nekad bercerai tahun lalu.

Dedah Siti, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin, dia pernah mendapat RM50 nafkah setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.

“Sebelum ini ramai tanya kenapa saya cerai. Kalau nak tahu, saya pernah dapat RM50 saja nafkah dalam masa setahun. Paling banyak pun RM200.

@sitijamumall

Berdiam Selama ini. Menahan Sakit sendiri. Doakan sye terus kuat

♬ original sound – sitijamumall

“Saya pernah cakap dengan dia (bekas suami) perkara ini. Tapi, mujur saya ini wanita jenis yang berdikari dan tidak mahu bergantung harap sepenuhnya dengan dia. Jadi, saya bekerja dan berniaga menerusi sesi siarang langsung.

“Malah, pernah hari di mana sebelum bersalin anak kedua saya masih sempat selesaikan semua pesanan orang untuk dihantar. Selepas itu baharulah saya ke hospital. Sampai tahap macam tu saya kena cari duit sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sorok Kisah Cerai, Siti Jamumall Mohon Henti Buat Fitnah

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Jamumall ‘Ditidurkan’, Syukur Selamat Jalani Pembedahan… Tapi Ada Yang Tuduh Pura-Pura Sakit!

Menurut wanita yang bergelar usahawan ini, perceraian adalah jalan terbaik buat dirinya.

“Sampai bila saya nak hidup dalam suasana rumah tangga dan perhubungan yang toksik? Saya tidak mahu terus membiarkan diri terseksa dengan menanggung ‘biawak hidup’.

“Diakui apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.

“Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri,” katanya.

Siti dan suami bercerai dengan talak satu pada Disember tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Trending Fri, 29 Dec 2023
Featured Tue, 14 Mar 2023

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Alhamdulillah, sedap nama baby Syura 🥰🥰 Tahniah!

Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Tue, 21 May 2024

Gara-Gara Pertikai Serangan Tentera H*m*s, Azhar Sulaiman Tampil Mohon Maaf

Yang penting Behar mengaku kesilapan yang lain-lain tu masing-masing lah kita perbetulkan ek.😎✌️

Featured Wed, 28 Sep 2022