Featured By: Salma Syahbuddin October 28, 2022 @ 5:02pm

[VIDEO] Diana Amir Dedah Kisah ‘Zaman Jahiliah’, Pernah Buka Tudung Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Pelakon Diana Amir berkongsi kisah disebalik penghijrahannya hari ini menerusi sesi siaran live di TikTok bersama pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun.

Menerusi perkongsian video TikTok tersebut, Diana Amir mendedahkan, ketika mula-mula terlibat dalam bidang lakonan, dia sebenarnya mendapat tantangan dari kedua ibu bapanya yang risau dengan corak pergaulan dan pemakaiannya apatah lagi dia dibesarkan dalam keluarga yang faham soal agama.

“Dapat memang dapat. Memang ayah saya tak bagi. Saya membesar di Johor sebenarnya Ustazah, dan di sana pun ada sekolah agama,  ibu bapa saya pun alhamdulillah, walaupun mereka bukanlah ustaz atau ustazah tapi mereka memahami agama.

“Jadi masa mula-mula nak berlakon tu, ayah tak suka sebab dia tahu bila berlakon ni tak boleh nak tutup aurat, nak kena bergaul dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Diana mengakui ketika zaman remajanya, dia juga mengenakan hijab ke sekolah namun secara on-off dan tanpa pengetahuan keluarga.

” Sebenarnya ustazah, pada zaman sekolah saya pakai tudung on-off, itupun  tanpa pengetahuan mereka,” jelasnya dengan nada sebak.

Sementara itu, Ustazah Asma berkata, perkongsian ini bukanlah dibuat untuk membuka pekung mana-mana pihak, melainkan sekadar perkongsian untuk remaja atau individu yang sedang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.

“Tau tak TikTok ni ramai orang muda, sebenarnya ramai je orang muda yang sekarang ni sedang mencari-cari… Mereka kenal Diana Amir macam ni (berniqab) tapi mereka tak tahu Diana Amir pernah menghadapi konflik zaman remaja yang sangat dasyat.

“Jadi, bagi mereka di luar sana… Yelah, kalau nak cerita pasal ustazah, ustazah memang daripada dulu memang dari keluarga macam ni, pakaian macam ni, jadi mungkin mereka kata ustazah tak pernah melalui ‘zaman jahiliah’.

“Tapi bila Diana cerita mereka mungkin rasa sama seperti mereka… on- off pakai tudung tapi bila sekarang, Diana berpenampilan begini dan ia mungkin bisa menjadi inspirasi,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lelaki Hina Abam Isu DNA Anak, Tampil Mohon Maaf!

Tahniah Abam kerana memaafkan tindakan lelaki tersebut terutamanya dibulan mulia ini.

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Fri, 13 Dec 2019