Hiburan By: Khairil Khusyairi March 15, 2024 @ 3:51pm

“Akak Sayang Adik Dunia Akhirat” – Adira Titip Ucapan Buat Bella Astillah 

Penyanyi Adira Suhaimi menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada sahabat baiknya yang juga pelakon, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adira membuat ucapan tersebut dengan menyatakan dia mendoakan yang terbaik buat Bella yang menganggap seperti adiknya itu dalam menempuh ujian rumah tangga saat ini.

“Selamat ulang tahun adikku.

“Akak doakan yang paling terbaik untuk adik dan anak anak,” tulisnya.

Ucap Adira lagi, dia menyatakan sentiasa ada bersama sekiranya diperlukan Bella malah meluahkan rasa sayang tak terhingga kepada ibu kepada dua cahay mata itu.

“Akak nak adik tahu yang akak akan selalu ada kalau adik perlu akak.

“Akak sayang adik dunia akhirat @bellaastillah,” tutupnya.

Perkongsian tersebut turut memaparkan rakaman video dia memeluk dan menenangkan Bella yang menangis ketikad dia berada di tempat kejadian di mana suami Bella, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama pelakon sensasi, Ruhainies.

Menjengah ke profil Bella, dia juga memuat naik sebuah foto memaparkan dirinya sempena ulang tahun kelahiran ke-30.

“Alhamdulillah, 30 tahun.

“Happy Birthday Dayang Ara Nabellah,” tulisnya.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Minggu lalu, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Unfollow’ Ruhainies, Bella Astillah ‘Block’ Aliff Aziz?

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
#LaguXTRA Thu, 20 Jul 2023
Events Fri, 9 Aug 2019

筹备三年!黄彩菱首发EP勇闯华语乐坛

从小受英语教育的Natalia黄彩菱努力筹备了三年,终於正式推出首张个人EP 《I Dare You To》勇闯华语乐坛。

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Tak Kisah Pulangan, Awi Rafael Beramal Seikhlas Hati

Banyak program menarik disediakan di Great Amal Fest 2019 yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam.

Hiburan Sat, 10 Feb 2018

HANYA SETAHUN, HEFNY REDHA…

Peluang mengendalikan program itu biarpun semusim menjadi pengalaman berharga dan saya amat bersyukur…

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023