Hiburan By: SGMS Fas June 15, 2019 @ 12:40pm

Tak Kisah Pulangan, Awi Rafael Beramal Seikhlas Hati

Penyanyi Awi Rafael mengaku penglibatannya dalam kerja amal bukan kerana mahu meraih populariti.

Kata Awi ketika ditemui di majlis pelancaran Great Amal Fest 2019, hatinya tergerak untuk menyumbang sesuatu kepada golongan memerlukan terutama pesakit autism.

“ Saya sudah merancang untuk menganjurkan acara begini sudah lama. Selalunya, banyak program amal dilakukan pada bulan Ramadan. Kenapa tidak kita teruskan pada bulan Syawal? Jadi timbul idea untuk mengadakan sesuatu untuk meneruskan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“ Jadi saya dan beberapa rakan selebriti bakal turun padang pada acara itu nanti. Kami tidak berharap sesen pun untuk pulangan acara kali ini. Semua pulangan yang dapat akan kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.

“ Alhamdulillah, bila saya hubungi rakan-rakan artis terdekat dan ajak sertai program ini, mereka setuju dan berminat. Ada juga yang tidak dapat hadir  kerana komitmen kerja,” katanya.

Tambah Awi, banyak program menarik disediakan di Great Amal Fest 2019 yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam bertempat di Ethis Ventures, Petaling Jaya. 

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman greatamalfest.com. Save the date, guys!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Maut Ditembak, R.I.P XXXTentacion

Penyanyi berusia 20 tahun dengan nama sebenar Jahseh Onfroy itu ditembak ketika sedang berada berhampiran sebuah kedai motosikal dan disahkan meninggal dunia sewaktu dirawat di hospital berdekatan.

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Patutlah Nampak Muda, Alif Satar ‘Pecah’ Rahsia Penyanyi Lama

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, betul tak? Lihat ketampanan dua figura bersaudara ini, pasti ramai tertanya, apa agaknya rahsia mereka ya…

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Thu, 15 Dec 2022

Brunch With Women Talk Berbicara Hal Memperkasakan Wanita

Brunch With Women Talk perkasa hal wanita!

Hiburan Fri, 2 Jun 2023

Zarina Zainoordin Minta Agar Doa Cepat Dipertemukan Jodoh, Dedah Sudah Bercinta 10 Tahun

Kita doakan jelah semoga zarina mendirikan rumah tangga secepat mungkin

Hiburan Thu, 26 Dec 2019