Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi July 18, 2023 @ 5:19pm

Bapa Durjana R*gol Anak Sehingga Bersalin Dipenjara 218 Tahun, Hakim Tegur: “Kamu Tak Fikir Ke Masa Depan Dia Sebelum Buat?”

“Kamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah pada kamu sebagai ayah.

“Anak-anak adalah rezeki, malah ada orang masih belum dapat anak walaupun macam-macam buat termasuk jumpa doktor,” itulah teguran Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara 218 tahun serta 75 sebatan terhadap seorang bapa selepas mengaku bersalah merogol dan amang seksual anak kandung hingga bersalin, sejak 2020.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, 41, bekerja kampung mengaku bersalah terhadap kesemua lapan pertudungan dengan tujuh daripadanya membabitkan rogol yang bermula ketika anaknya berusia 12 tahun.

Mengikut fakta kes, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada waktu malam pada 2020.

Selepas itu, tertuduh melakukan perbuatan jijik terhadap mangsa pada Oktober tahun sama dengan merogolnya dan kejadian terakhir berlaku pada 8 pagi, 5 Jun lalu.

Mangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu dalam laporannya memberitahu, tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol namun gagal.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian terbongkar selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah mangsa dan mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuhnya.

Mangsa ketika itu tidak mengetahui dia mengandung sebelum membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Tertuduh pertama kali didakwa pada 14 Jun dan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan. Semua kejadian berlaku di sebuah rumah dekat sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan.

Sebaik mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun dan dua sebatan untuk kesalahan amang seksual fizikal.

Bagi kesalahan merogol pula, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 30 tahun penjara dan 10 kali sebatan untuk setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, bagi hukuman amang seksual fizikal, mahkamah mengarahkan kedua-duanya dijalankan secara berasingan manakala kesalahan merogol berjalan serentak dengan semua hukuman bermula dari tarikh ditahan 8 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Dec 2020
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Wany Hasrita Pasang Niat Sambung Belajar Di Luar Negara?

Betul kata Wany tu, kalau diberi peluang dan kesempatan siapa yang tak nak belajar oversea kan?

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Idris Khan Akui Dirinya Memang ‘Show Off’, Tayang Gambar Tak Berbaju

Idris Khan memang saja nak show off sengaja tayang gambar tak berbaju di laman instagram miliknya

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Zul Yahya Mengamuk Dengan Pekerja Restorannya

Pekerja restoran Zul Yahya hisap dadah?

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

AISHAH MOHON TIDAK DIGANGGU!

Menurut plantun lagu ‘Janji Manis Mu’ ini, beliau terpaksa menjalani pembedahan tersebut bagi mengatasi masalah gastrik yang dihadapi termasuk sakit kaki gara-gara berat badannya melampaui usia yang dah 52 tahun.

Hiburan Tue, 16 Aug 2022

Lagu Baru Diterima Peminat, Irfan Haris Mahu Ceburi Bidang Lakonan Pula

Nama Irfan Haris pernah menjadi sebutan menerusi lagu hitsnya berjudul Redha. Memiliki vokal tinggi dan meminati genre ‘balada’ membuatkan Irfan selesa dengan karya-karya yang disifatkan ‘sendu. Penyanyi berusia 21 tahun itu kini mempunyai naskhah baharu […]

Trending Wed, 23 Sep 2020
Drama Mon, 16 Jan 2023