Trending By: Khairil Khusyairi December 29, 2023 @ 3:22pm

Proses Bawa Pulang Jenazah Allahyarham Fiza Kamarudin Ambil Masa Seminggu, Keluarga Tak Rancang Kebumi Di London

Proses membawa pulang jenazah wartawan hiburan, Allahyarham Fiza Kamarudin, 40, dari London, England ke Malaysia dijangka memakan masa selama seminggu.

Menurut laporan Berita Harian, pihak keluarga berharap dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di London dapat memudahkan dan mempercepatkan proses berkenaan kerana ia membabitkan pelbagai dokumen.

“Jenazah akan dibawa balik dan setakat ini, suaminya masih lagi menguruskan beberapa dokumen. Antaranya, nak proses sijil kematian, yang mana akan memakan masa selama beberapa hari.

“Urusan lain pun perlu tunggu pada Selasa depan memandangkan pejabat di sana masih bercuti. Jadi, kemungkinan akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk selesai.

“Bagaimanapun, keluarga berharap dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia, prosesnya menjadi lebih singkat,” kata adik kepada allahyarham, Linda Kamarudin, 39.

Dalam masa sama, Linda juga berkata keluarganya tidak merancang untuk mengebumikan jenazah di London kerana memakan perbelanjaan tinggi.

“Kami ada berbincang dan kalau boleh nak bawa jenazah pulang ke Malaysia. Sebabnya, ada kenalan memaklumkan kos pengebumian di London lebih mahal daripada kos membawa pulang.

“Mengenai kos hospital dan bawa pulang jenazah, kami belum dapat makluman jumlahnya lagi. Khabarnya, Kedutaan Besar Malaysia akan membantu,” ujarnya.

Berkongsi lebih, Linda berkata arwah sudah lama merancang untuk bercuti ke London demi anak-anak.

“Arwah sudah lama rancang bercuti ke London bersama keluarga. Kalau tak salah sejak 2022 lagi.

“Waktu itu, sakitnya tak terlalu teruk. Bila keluar dari Institut Kanser Negara pada November lalu, arwah nekad nak bawa anak-anak sebab sudah berjanji.

“Persiapan dibuat walaupun sakit. Ketika mahu ke London, barulah arwah minta bantuan kerusi roda.

“Kerusi roda digunakannya sekarang ihsan daripada Neelofa.

“Sebab nak berjalan jauh arwah akan semput. Kalau di rumah, dari ruang tamu ke dapur pun arwah akan semput,” katanya.

Allahyarham Fiza disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London, United Kingdom (UK) pada jam 6.30 petang waktu tempatan atau 11.30 malam waktu Malaysia, semalam.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London beberapa jam sebelum dijadual berangkat pulang ke tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Fiza Kamarudin Dilaporkan Kritikal Di London Meninggal Dunia – “Percutian Ini Hajat Terakhir Untuk Raikan Anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan Hiburan Kritikal Di London, Fahmi Fadzil Salur Bantuan… Doakan Kembali Sembuh 

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan Hiburan Kritikal Di London, WHAM Lancar Tabung Kecemasan Buat Fiza Kamarudin

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

Sumber: Berita Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 4 Jul 2023
Trending Wed, 13 May 2020
Trending Wed, 29 Apr 2020

Pelajar Malaysia Di Jawa Timur Tidak Dibenarkan Pulang

Sama-sama kita doakan supaya semuanya terselamat daripada wabak ini.

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023