Cahaya Mata By: Khairil Khusyairi January 17, 2023 @ 4:18pm

Mia Ahmad & Izham Tarmizi Selamat Timang Bayi Ketiga

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad selamat melahirkan anak ketiganya, pagi tadi.

Menerusi perkongsian dibuat suaminya yang juga penjaga gol Sri Pahang FC, Mohd Izham Tarmizi, memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak ketiga kami, 1.25 pagi tadi,” kongsi Izham.

Izham memuat naik foto yang memaparkan dia sedang memangku cahaya mata mereka itu.

Dalam pada itu, Izham turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 8,000 tanda suka dan ratusan ucapan tahniah di ruangan komen.

Mia Ahmad dan Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Sayf Issa dan Iris.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Mar 2018

‘Tak Ada Masalah Terima Cinta Baru. Tapi, Kalau Boleh..’ – Hafiz Hamidun

Empat bulan sudah bergelar duda, kini Hafiz Hamidun akui bukan mudah untuk melalui proses kehidupan seharian. Lumrah bagi semua orang, perasaan sunyi pasti ada lagi-lagi apabila melihat orang lain sudah berkahwin dan hidup bahagia.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Stesen TV Tak Beri Bayaran Cecah Puluhan Ribu, Pendakwah Bebas Terkenal ‘Mati Akal’

Adoi, kerja dah buat tapi bayaran belum dapat.. Cecah sampai puluhan ribu tu 😰😰

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023

Bawa Watak Penyondol? Puteri Sarah Harap Karakter Tak Terbawa Ke Kehidupan Sebenar – “Ni Memang Tahap Psiko!”

Uishh! Tak sabar nak tengok Sarah bawa watak penyondol. Mesti dia bagi all out punya🤚