Trending By: tex_admin March 5, 2018 @ 1:05pm

‘Tak Ada Masalah Terima Cinta Baru. Tapi, Kalau Boleh..’ – Hafiz Hamidun

Sudah empat bulan bergelar seorang duda, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mengakui bukan mudah untuk melalui proses kehidupan seharian. Sudah menjadi lumrah, perasaan sunyi pasti ada lagi-lagi apabila melihat orang lain sudah berkahwin dan hidup bahagia.

“Orang luar yang melihat, mungkin nampak seperti semuanya mudah. Tapi, untuk saya yang melaluinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah,” jelas Hafiz. 

https://www.instagram.com/p/BfujT1EhoL8/?hl=en&taken-by=hafizhamidun

Seperti yang semua sedia maklum, isu kontroversi rumahtangga melibatkan Hafiz dan Joy Revfa sebelum ini telah membawa kepada penceraian Oktober tahun lalu.

Semenjak dari itu, Hafiz mengakui dirinya semakin rapat dengan ibu bapanya setelah dia bercerai. Apabila dia berasa sunyi, dia akan hubungi ibu dan bercerita tentang semua perkara. Dah jadi anak kesayangan mak lah ni kiranya?

Hafiz juga mengakui bahawa dia kini semakin banyak meluangkan masa dengan ibu bapanya.

“Saya seorang yang sibuk dengan kerja, tapi sekarang, banyak masa saya habiskan dengan mereka. Ibu sumber kekuatan dan ayah pula adalah sumber keberanian,” katanya. 

https://www.instagram.com/p/BfXqPobhyYR/?hl=en&taken-by=hafizhamidun

Menurut Hafiz juga, kini dia sudah bersedia membuka pintu hatinya untuk menerima cinta baru! Wah berita baik ni korang! 

“Saya tidak ada masalah untuk menerima cinta baru. Tapi, kalau boleh biarlah wanita itu seorang yang memahami diri saya dan tahu apa yang pernah saya lalui,” katanya.

Kalau korang nak tahu, Hafiz mahukan wanita yang boleh memahami dirinya dan menerima dia dengan seadanya. Sama-samalah kita mendoakan agar Hafiz menemui jodoh yang terbaik buatnya. 

Sumber: Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 27 Jun 2021
Trending Mon, 21 May 2018

SPRM Panggil Najib Beri Keterangan Esok

Sekiranya beliau tidak hadir untuk proses mengambil keterangan, beliau boleh dikenakan tindakan di bawah Akta SPRM 2009.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Fida Ibrahim Kini Bergelar Ibu, Selamat Timang Bayi Sulung

Alhamdulillah! Tahniah Fida dan Suami!

Featured Wed, 16 Mar 2022

“Memang Limited…”- Alif Satar & Izzue Islam Dipuji Sehingga Netizen Wujud ‘Persatuan Suami Setia & Handsome’!

Kadang-kadang Min pun lupa diorang ni suami orang 😂 Segak, bergaya dan paling utama SETIA kepada isteri. Untungnyaaaa 🤩😍

Trending Wed, 13 Jun 2018

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

Trending Tue, 19 Dec 2017

PEOPLE ARE UPSET WITH THIS PICTURE OF BOOKS BEING STEPPED ON

In Asian cultures, we respect books and putting them under our feet is considered insulting.