Trending By: SGMS Faida June 13, 2018 @ 4:13pm

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Kerajaan akan membuka semula Malaysia di Pyongyang.

Kenyataan ini diumumkan kepada agensi penerbitan terbesar Jepun, Nikkei Asian Review ketika Persidangan Luar Masa Depan Asia 2018 di Tokyo, semalam.

Kerajaan memutuskan membuka semula kedutaan Malaysia di Pyongyang, Korea Utara sebagai satu cara menyambung semula hubungan dengan negara tersebut.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai status kedutaan dan misi Malaysia di negara itu yang masih tergantung serta disifatkan sebagai membuang masa.

Kedutaan Malaysia di Korea Utara menamatkan perkhidmatannya sejak April 2017 susulan kejadian pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Susulan itu, Malaysia mempertimbangkan menutup kedutaannya di Pyongyang secara kekal dan memindahkan kedutaan ke Beijing.

Sementara itu, pada Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-Korea Utara hari ini, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh ragu-ragu atas keikhlasan Korea Utara dalam rundingannya dengan Barat kerana syak wasangka akan menghalang kerjasama itu.

“Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

“Kita sepatutnya menelitinya sebagai satu tindakan tepat dan cuba mewujudkan hubungan yang baik termasuk hubungan perdagangan dengan Korea Utara,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan Korea Utara mempunyai hak untuk mempunyai beberapa kepentingannya seperti AS.

“Sekiranya Korea Utara berjanji untuk meninggalkan senjata nuklear, maka tidak akan ada ketegangan. Pyongyang tidak akan membazirkan wang untuk meningkatkan kuasa ketenteraan kerana ‘ketakutan’ kepada AS dan Korea Selatan,” katanya.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap Trump, Dr Mahathir mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Presiden AS itu sukar difahami kerana sikapnya yang kerap berubah-ubah.

“Kita benar-benar tidak boleh membuat sebarang penilaian terhadap dasar Trump kerana dia boleh mengubah fikirannya,” katanya.

Sumber: NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Jun 2021

“One Of The Best Episode” – Penampilan Senario di ‘I Can See Your Voice Malaysia 4’ Bikin Gamat!

Penampilan kumpulan Senario sebagai panel penyiasat di episod terbaru I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 (#ICSYVMY) yang bersiaran malam tadi mencuri perhatian ramai. Kehadiran Azlee, Wahid dan Saiful Apek yang membantu penyanyi Aina

Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

Featured Sun, 8 Aug 2021

Kelonggaran Pergerakan 2 Dos Vaksin Bermula Selasa, Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

Umum maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran pergerakan buat mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap. Difahamkan, kesemua kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula Selasa, 10 Ogos 2021 untuk negeri-negeri yang berada

Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Trending Fri, 22 May 2020

Mengejutkan! Wanita Ini Dijangkiti Covid-19 Sebanyak 8 Kali

So, jangan ambil mudah simptom yang mungkin biasa bagi korang okay

Trending Fri, 26 Jun 2020
Trending Sat, 6 Oct 2018

Korban Palu Hari Kelapan, 1,571 Jasad Ditemui

Sebahagian besar mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna, sekali gus mendedahkan ancaman kepada penyelamat.

Trending Wed, 18 Jul 2018

Black Hanifah Dan Isteri Panik, Bayi Dalam Kandungan Tidak Bertindak Balas Selepas Makan Durian

Gara-gara terlebih makan durian bayi dalam kandungan isteri Black Hanifah tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa.

| Live TV

error: Content is protected !!