Trending By: Padin April 28, 2022 @ 6:45am

Izmir Fareez Kini Muncul Dengan Maaf

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, penyanyi Izmir Fareez kini mempertaruhkan single terbaru berjudul Maaf hasil ciptaan Akmalul Azmi sebagai pencipta lagu dan dirinya sendiri bertindak selaku penulis lirik.

Menurut Izmir, pengarah muzik dan penerbit untuk lagu Maaf ini adalah Along Exists dan pembantu penerbit, Imtiaz dari kumpulan Simfoni.

“Pada asal lagu Maaf ini dicipta pada tahun 2020, ia bukanlah berkisarkan tentang kekeluargaan tetapi ia berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang.

“Setelah dipersembahkan lagu tersebut kepada Along, beliau mengatakan lagu berbunyi jiwang 90-an ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti kematian kerana lagu yang berbunyi jiwang 90-an ini kebanyakannya akan dikaitkan dengan kisah percintaan.

“Maka, beliau menyarankan agar tukar lirik kematian kepada percintaan. Akhirnya, lirik yang berkisarkan tentang percintaan telah siap digubah oleh saya tetapi disebabkan saat dan ketika itu Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia, pergerakan terbatas ke studio untuk membuat rakaman muzik dan vokal.

“Sehinggalah kerajaan mengumumkan pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan, maka bermulalah rakaman muzik dan vokal lagu Maaf ini pada tahun 2021,” katanya.

Maaf adalah sebuah lagu yang mengisahkan perceritaan kehidupan seorang suami dan isteri setelah berkahwin selama tiga tahun.

Setelah membina perkahwinan, hanya pigak isteri sahaja yang menunjukkan rasa cinta dan kesetiaan kepada suami tanpa rasa jemu dan lelah, tetapi suami semakin lama hidup semakin pudar cinta dalam hatinya terhadap isteri.

“Sehinggalah isteri jatuh sakit dan meninggal dunia, maka suami mula rasa kehilangan dan menyesal dengan pelakuan dan layanan yang diberikan kepada isteri ketika hidupnya dan tiada lagi cinta dan kasih sayang setelah isteri meninggalkan suami buat selama-lamanya.

“Penyesalan yang dirasai oleh suami tidak dapat mengubah apa-apa kerana isteri tidak akan kembali kepada suami buat selama lamanya. Hanya mengharapkan agar isteri mengampunkan dosa suami di akhirat nanti.

“Penggambaran video muzik lagu Maaf yang diarahkan oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dijalankan selama dua hari di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah. Bagi setiap urusan penggambaran diuruskan oleh Imtiaz dari kumpulan Simfoni selaku Pengurus Projek untuk lagu Maaf.

“Pada asalnya memang kita hendak membuat penggambaran muzik video ini di sekitar Kuala Lumpur tetapi disebabkan pengarah, teknikal dan pelakon-pelakon menetap di utara, jadi kita membuat keputusan untuk membuat penggambaran di sekitar negeri Kedah,” katanya.

Ditanya mengenai harapan Izmir terhadap lagu ini, penyanyi ini menanam impian agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat kerana lagu ini berunsurkan kekeluargaan yang kita sendiri hadapi dan tempuhi di dalam kehidupan kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jul 2021

“Tak Emosi Macam Caprice..”- Dakwa Dedah Cerita Sebenar, Cara Nadir Al Nuri Tegur Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

Isu antara penyanyi rap, Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan ramai di media sosial. Baru- baru ini, Caprice telah tampil membuat permohonan maaf terhadap Ustaz Ebit Lew […]

Featured Thu, 21 Sep 2023
#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Zahirah Macwilson Selalu Dengar Lagu Aiman Hakim Sebelum Kahwin – “Not Knowing 4 Years Later…”

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mengimbas kembali momen ketika mendengar lagu Buatmu Cinta nyanyian suaminya, Aiman Hakim Ridza. Menerusi perkongsian di TikTok, Zahirah dalam perjalanan untuk ke set penggambaran dan sedang mendengar lagu tersebut dimainkan di […]

Hiburan Wed, 20 Sep 2023

Siti Nurhaliza Dedah Alami Masalah Peti Suara, Rakam Album Sitism Sebanyak Dua Kali

Tapi Siti dah pulih sepenuhnya..Album Sitism pun best je

Featured Sat, 30 Sep 2023
error: Content is protected !!