Kisah Viral By: Khairil Khusyairi October 6, 2023 @ 5:55pm

Influencer Dikecam Buat Review Minum ‘Soju Halal’, Siap Teguk Macam Gaya Minum Ar*k – “Obses Sangat Nak Halalkan Benda Haram”

Tular baru-baru ini sebuah rakaman video yang memaparkan sekumpulan pempengaruh melakukan review di sebuah restoran sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai.

Menerusi perkongsian di platform X (Twitter), video itu memaparkan influencer terbabit sedang menjamu selera.

Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut apabila influencer tersebut menyatakan mereka meminum Soju (sejenis minuman keras asal Korea Selatan) yang dikatakan halal.

Malah, influencer tersebut turut mencampurkan ia dengan minuman susu kultur lalu meneguk minuman terbabit dengan gaya seolah-olah meminum arak.

“Jangan risau Soju yang aku minum ini halal. Just air buah je.

“Dia macam acah-acah Soju betul tapi jangan risau boleh minum,” ujarnya dalam video tersebut.

Soju Halal Soju Halal

Difahamkan produk minuman keluaran tempatan tersebut tidak menggunakan alkohol dan tidak mempunyai status halal.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan yang dilakukan.

Malah, ramai turut mengecam tindakan tersebut kerana boleh menggelirukan dan dikhuatiri umat Islam akan terjebak meminum arak dengan sangkaan ia bukan arak.

 

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam dilarang sama sekali meniru walaupun sekadar gaya perbuatan mereka yang meminum arak.

“Imam al-Nawawi mengatakan, wajib dikenakan hukuman takzir kepada orang yang mengadakan majlis seperti gaya majlis minum arak. Ini seperti perbuatan mengedarkan gelas-gelas arak, dituang air dan dilagakan gelas antara satu sama lain sebelum minum.

“Demikian juga yang disebut oleh al-Rahibani dalam Mazhab Hanbali bahawa diharamkan menyerupai golongan peminum arak, bahkan ditakzir pelakunya walaupun minuman itu sendiri halal.

“Jika berkumpul suatu kumpulan, diadakan majlis, dibawakan alat-alat minuman dan bekas-bekasnya, lalu dituangkan padanya minuman al-sakanjabin (bukan arak) atau seumpamanya, dengan dilantik seorang pelayan untuk melayani mereka.

“Di samping mereka saling mengucapkan perkataan-perkataan yang biasa diucapkan oleh peminum arak (seperti “cheers”), maka hukumnya adalah haram walaupun minuman itu halal kerana majlis tersebut menyerupai majlis peminum arak,” tulis kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam kenyataan tersebut turut dinyatakan;

“Umat Islam wajib menggunakan kuasa sebagai pengguna muslim yang bijak untuk menjauhkan diri daripada apa jua bentuk produk yang meragukan. Apatah lagi produk yang jelas mempunyai hubungan dengan perkara yang dilarang syarak seperti arak.

“Bagi pengusaha syarikat arak, jangan sekali-kali melakukan sebarang usaha untuk mempromosi atau menormalisasikan minuman arak khususnya kepada umat Islam. Perbuatan tersebut hanya akan menimbulkan kekeliruan di samping menyentuh sensitiviti umat Islam,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Nov 2017

当爸爸单独带小孩才会发生的超爆笑状况!

妈妈总有忙碌或想休息的时候,所以会将照顾小孩任务交给爸爸带,只是妈妈不知道每个男人心里都住着一个小男孩。

Trending Thu, 1 Feb 2018

从萤幕走出来的「真人版」卡通!

在现实生活中,常有素人跟艺人明星、运动员等公众人物「撞脸」的趣闻,鲜少有人长得像虚拟世界中的卡通人物。如果当你走在路上看到「真人版卡通人物」,你能掩饰心中的激动与雀跃吗?会主动上前要求合照吗?

Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Tue, 21 Mar 2023

Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang?- Syamsul Yusof

Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

Trending Fri, 24 Jan 2020
Featured Tue, 13 Feb 2024

Naim Daniel Nafi Anti Golongan Agamawan, Perjelas Ciapan Tular Hanya Sekadar Luahan Perasaan

“Bukan semua khilaf boleh ditutup dengan berpenampilan suci” – Naim Daniel

Featured Mon, 26 Sep 2022
Trending Mon, 11 Nov 2019

Lazada 11.11.19 Is Back, These Are The 11 Must Buy Deals You Should Definitely Purchase!

We list down these 11 super awesome items you should definitely BUY at Lazada 11.11!