Featured By: Atiqah Johari October 22, 2022 @ 4:32pm

Hubungan Jarak Jauh Memenatkan, Sharifah Sakinah Sahkan Bakal Bercerai

Pelakon Sharifah Sakinah sebelum ini memberi bayangan mengenai rumah tangganya bersama suami, Michael Hansen sedang bergolak menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Terbaru, Sakinah telah membuat kenyataan dan memberi pengesahan mengenai status perkahwinannya sekaligus menjawab semua persoalan.

Memetik laporan mStar, Sakinah memaklumkan bahawa dia memilih untuk berpisah dengan suami atas faktor hubungan jarak jauh dan hubungan mereka sering dilanda masalah malah dia mengakui penat untuk berulang-alik dari Malaysia ke Sweden.

“Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini.

“Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.

“Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya,” jelas Sakinah seperti dilaporkan Kosmo.

Ditanya mengenai hantaran yang dimuat naik Khamis lalu, pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu menjelaskan bahawa dia berbuat demikian untuk mengelakkan salah faham jika dilihat bersama lelaki lain.

Tambah, Sakinah juga meminta suaminya untuk teruskan kehidupan termasuk mencari pengganti dirinya.

“Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan,” ujarnya.

Untuk info, Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020 namun mengumumkan perkahwinan mereka pada Februari 2021.

Sumber: mStar, Kosmo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Hebat! Elfira Loy Bawa Rakan Pengapit Terbang Ke Tianjin

Untung siapa yang dapat jadi brideamaid Elfira & Faris ni kan, dapat travel ke Tianjin!

Featured Fri, 20 May 2022

“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Slay Girl! 🔥 Lepas ni takde lah alasan tak boleh workout sebab takde outfit 🤣

Trending Wed, 30 May 2018

What if Rosmah’s Story is the Next Dukun?

It seems she dabbles in black magic.

Featured Mon, 28 Aug 2023

Sophia AlBarakbah Didakwa Putus Dengan Kekasih?

Serius lah dah breakup?🤓🤓🤓

Featured Fri, 10 Jun 2022

Didakwa Sengaja Ingin Populariti & Ambil Kesempatan, ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan

Dia tak minta pun nak wajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah.. Semua ni kan kuasa Allah SWT. Yang mengecam pun lahaiii 😌🤔

Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

error: Content is protected !!