Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2025 @ 1:54pm

Aazief Khalid Selamat Bergelar Suami, Izza Athirah Terima Satu Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Izza Athirah pada Sabtu.

Majlis yang diadakan dengan penuh adat itu memperlihatkan Aazief yang tampil segak berbaju Melayu berona putih sah bergelar suami kepada Izza dengan sekali lafaz sahaja.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, manakala Izza menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Momen hari bahagia pasangan sama cantik, sama padan itu turut dikongsikan menerusi Instagram Story (IGS) Siti sebentar tadi.

“Alhamdulillah,” tulis Siti ringkas.

Majlis bahagia itu turut dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua mempelai yang mana pihak perempuan mengenakan tema berona Sage Green dan pihak lelaki pula mengenakan pakaian berona Ungu.

Untuk info, sekitar April lalu Aazief mengumumkan bahawa dia selamat mengikat tali pertunangan bersama Izza menerusi laman sosial miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Netizen Mahu Nora Danish Ganti Neelofa

Netizen suka akan gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Featured Fri, 18 May 2018

Pemilihan Makanan Dan Produk Bebas Kimia, Rahsia Amalan Kecantikan Wanita Timur Tengah

Meskipun keadaan cuaca negara Timur Tengah bersuhu panas, namun ia sedikitpun tidak menghalang mereka menjaga kecantikan diri.

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
error: Content is protected !!