Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 23, 2024 @ 5:41pm

Tetap Anggun Di Usia 42 Tahun, Wulan Guritno Tidak Berani Cuba Rawatan Operasi Kosmetik

Pelakon Wulan Guritno mengakui dirinya belum berani untuk mencuba sebarang rawatan operasi kosmetik meskipun usianya sudah mencecah 42 tahun.

Kata Wulan, dia lebih selesa mengamalkan senaman secara teratur dan menjaga pengambilan gula dalam rutin sehariannya untuk kekal awet muda.

Namun, dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mencuba rawatan kosmetik itu suatu hari nanti bergantung pada situasi.

“Bersenam secara teratur, tidur dengan cukup. Saya setiap hari bersenam dan hanya berehat sehari seminggu. Saya juga tak mengambil gula dalam pemakanan kerana pada umur 35 tahun saya dah rasa ada perubahan pada wajah.

“Tapi saya belum berani nak buat kecantikan kosmetik kerana takut muka berubah. Bila saya membaca dan belajar rupanya kena potong gula.

“Gula itu boleh buat kita tua lebih cepat dari dalam. Jadi saya tak mengambil benda manis selama setahun setengah dan rupanya betul. Saya rasa kulit saya lebih anjal selain bersukan yang cukup.

“Saya tidak membuat pembedahan kosmetik buat masa sekarang tapi tidak tahu suatu hari nanti. Teknologi semakin maju. Saya sebagai perempuan mesti mencari tahu mana tahu suatu hari nanti saya perlukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Wulan juga sempat berkongsi rahsia dirinya mengekalkan kecantikannya secara sihat.

“Saya setiap pagi minum air kunyit dan kurang mengambil kopi. Saya buat sendiri jus kunyit itu sebelum mula bersenam. Untuk bersenam saya memang amalkan dari muda.

“Kawan anak saya cakap saya macam vampire dan tidak tua. Jadi saya kata pada anak saya jika mahu menjadi seperti ini kena jaga pemakanan, pemikiran dan harus kekal sihat.

“Bukan mahu awet muda tapi lebih utamakan kesihatan supaya nanti bila anak saya dah ada anak saya masih boleh aktif bermain dengan mereka,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Dec 2020
Trending Tue, 8 Dec 2020

Bantuan Sebanyak RM1,000 Ringankan Beban Golongan Sasaran

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya

Trending Fri, 5 Jun 2020
Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Featured Sat, 5 Mar 2022
Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa […]

Featured Sat, 5 Nov 2022
error: Content is protected !!