Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 17, 2020 @ 8:57pm

Sembah Gagal Ke AJL35, Naim Daniel Keliru Dengan Penjelasan Juri

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel mengakui keliru dengan penjelasan juri apabila lagu Sembah nyanyiannya tidak layak ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Jelas Naim, dia meluahkan rasa hairan apabila penilaian dibuat terhadap vokal memandangkan AJL merupakan pertandingan yang mempertaruhkan komposisi muzik dan lirik.

“Tidak dinafikan saya ada letak harapan agar lagu Sembah mara ke AJL35 tapi apabila tidak terpilih saya okay sahaja, tidaklah terlalu kecewa.

“Cumanya saya ada sedikit kekeliruan apabila ketua juri, Azmeer menjelaskan bunyi gitar lagu Sembah dikatakan mengganggu untuk menyerlahkan vokal saya.

“Seperti yang kita tahu, AJL adalah anugerah untuk mengiktiraf melodi dan lirik sesebuah lagu itu, bukannya vokal penyanyi.

“Ada perbezaan statement di situ, tapi saya percaya pihak juri pastinya ada alasan tersendiri sebab mereka lebih mahir dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“Tidak tercalon untuk AJL kali ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghasilkan karya bermutu buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Lagu Naim Daniel, Yonnyboii & Zynakal Tak Layak Ke AJL35? Ini Jawapan Ketua Juri…

Tambah Naim, dia turut memohon agar peminat menerima keputusan pilihan juri dengan positif.

“Saya tahu ramai netizen marah dan bising kenapa lagu Sembah tidak masuk AJL35, saya hargai semua pendapat mereka. Dapat penghargaan macam itu daripada peminat pun dah buat saya bangga.

“Saya harap peminat berlapang dada menerima keputusan juri seperti saya juga. Bagi saya lagu yang masuk final semua yang terbaik, tiada satu lagu pun yang merapu. Kita doakan sahaja yang terbaik buat semua finalis,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35

Pada edisi lalu, AJL34 menobatkan lagu Sumpah nyanyian Naim sebagai juara.

Pada edisi kali ini, Naim mempertaruhkan dua buah lagu, Sembah dan Adakah Engkau Menungguku.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 May 2018

Bintang Bollywood Aishwarya Rai Raih 1.4 Juta Pengikut Di Instagram Dalam Masa 4 Hari!

Akaun milik isteri kepada pelakon Abhishek Bachchan itu kini sudah mencecah 1.4 juta pengikut sejak dibuka empat hari lalu! 

Trending Thu, 12 Nov 2020
Featured Fri, 19 Jul 2024

Scha Elinnea Mengaku ‘Operate’ Muka Demi Keyakinan Diri -” Mengapa Tidak? Asal Tak Kacau Orang”

Ramai juga tanya pasal tatu ek. Sama ada pelekat atau kekal biarlah rahsia 👀😱

Trending Thu, 9 Aug 2018

Untungnya Wanita Ini Punya Suami Yang Ikhlas Memperisteri Dan Menjaganya

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Featured Thu, 18 Mar 2021
Trending Fri, 25 Oct 2019

SuperDeals’ Giving Away BTS Billboard Magazine Limited Edition Box Set Up to RM60 Off! Shocking!

SuperDeals x BTS Billboard Magazine Limited Edition Box Set promo is to die for!

error: Content is protected !!