Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 16, 2020 @ 12:13pm

Kenapa Lagu Naim Daniel, Yonnyboii & Zynakal Tak Layak Ke AJL35? Ini Jawapan Ketua Juri…

Selepas 12 finalis Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) diumumkan, netizen mula mempersoalkan mengapa lagu-lagu pilihan popular peminat seperti Sembah (Naim Daniel) dan Sakit (Yonnyboii dan Zynakal) tidak berjaya melangkah ke pentas akhir.

Merungkai persoalan terbabit, ketua juri bagi Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), Azmeer menjawab mengapa 12 finalis dipilih untuk ke AJL35.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Jika saya ada kuasa, saya mahukan 17 lagu ke pentas akhir. Tetapi hanya 12 finalis sahaja yang boleh melangkah ke peringkat akhir di AJL35.

“Bagi saya, semua lagu yang layak ke peringkat SFMM35 sudah boleh menjadi juara. Saya akui, pemarkahan sengit.

“Lagu yang tidak terpilih bukannya tidak bagus, tetapi dari sudut pemarkahan, ada kekurangan sedikit berbanding 12 lagu yang layak.

“Sebagai contoh, lagu Sembah nyanyian Naim Daniel, keputusan merasakan bunyi gitar terlalu mengganggu vokal Naim. 

“Saya faham, dalam setiap persembahan, ada konsep ingin diketengahkan, tetapi keindahan sesebuah lagu juga menjadi elemen penting.

“Lagu Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal juga bagus, saya sendiri menggemari lagu itu. Tetapi ia lebih kepada lagu popular, bukanlah lagu pertandingan,” katanya kepada Xtra.

Azmeer ditemui usai SFMM35 yang berlangsung malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Tambah Azmeer lagi, kekuatan melodi, komposisi dan susunan lirik memainkan peranan penting untuk sesebuah lagu.

“Saya minta maaf kepada peminat-peminat jika ada lagu kegemaran mereka tidak dapat menembusi AJL35. Tapi semua harus faham dari segi teknikal, lirik dan nyanyian.

“Sebagai contoh, biarpun nyanyian Aishah dalam Aku Bidadari Syurgamu terdapat sedikit kekurangan, tapi melodinya kuat. Perkara itu membawa kembali lagu itu naik.

“Jangan pertikaikan kenapa ada penyanyi yang persembahan vokalnya kurang tapi dapat bolos ke AJL35. Ini bukan juara nyanyian, tetapi ini pertandingan berdasarkan lagu,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKENAAN: Senarai Penuh 12 Finalis AJL35

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), episod tiga SFMM35 bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Mon, 19 Jun 2023
Trending Thu, 18 Jul 2019

Bila Selebriti Pun Sibuk Nak Try #agechallenge, Agaknya Siapa Yang Paling Hot?

Sekali-sekala artsi nak berhibur dengan apps apa salahnya kan? Netizen jangan ada yang kecam pula.

Featured Thu, 4 Aug 2022

“Ni Je Ke Hasil?” – Netizen Kecam Ira Kaza Tayang Cincin

Amboi netizen ni ada ja eh benda nak bahan 😂 Mana tahu cincin tu dia beli sendiri.

Featured Thu, 23 Sep 2021
Featured Fri, 24 Oct 2025
Drama Thu, 17 Nov 2022
Featured Sat, 12 Apr 2025
Trending Sun, 18 Oct 2020

Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Rizalman Ibrahim Mahu Turun Padang

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim, 49, yang kini menggalas tugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) mahu turun padang untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku di institusi itu. Mahu menggalas tugas […]

error: Content is protected !!