Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 15, 2020 @ 10:52pm

Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35

12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) diumumkan sebentar tadi di penghujung episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35).

Kembali berlangsung selepas ditunda, pengumuman dilakukan oleh pengacara SFMM35, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Di episod ketiga, lagu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah diumumkan sebagai lagu terbaik.

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), episod tiga SFMM35 bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Jom kita semak senarai penuh 12 finalis AJL35:

HATI – HAEL HUSAINI (HAEL HUSAINI & EZRA KONG)

7 NASIHAT – SHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICKTA (KMY KMO & LUCA SICKTA)

BELENGGU RINDU – WANY HASRITA & DATUK JAMAL ABDILLAH (HAEL HUSAINI & EZRA KONG)

SEMALAM – AINA ABDUL (AINA ABDUL)

PELUANG KEDUA – HAEL HUSAINI (HAEL HUSAINI & MFMF.)

HUTANG – FLOOR 88 (ZAI HAMZAH / ACHOI FLOOR 88)

KAU SAKITI – AMIR MASDI (FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE)

GUNDAH – ERNIE ZAKRI (ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL)

AKU BIDADARI SYURGAMU – AISHAH (IPPO HAFIZ / SITI ROSMIZAH)

GILA – KAKA AZRAFF, NOKI & TUJU (NOKI, LOCA B & EZRA KONG)

JANGAN KHIANATI AKU – AZLAN & THE TYPEWRITER (DARK)

EH – ZIZI KIRANA (NAVIGATOR & ZIZI KIRANA / MAMBANG & ZIZI KIRANA)

Anugerah Juara Lagu 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

Siaran ulangan SFMM35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 dan Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur.

Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #SFMM35 dan #AJL35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Dec 2025

“Kadang Rasa Nak Berhenti Berlakon” – Fasha Sandha Sebak Lihat Anak Bongsu Enggan Lepas Pelukan

Fasha Sandha berkata dia benar-benar terfikir untuk berhenti berlakon demi memberi lebih banyak masa kepada anak-anak

Featured Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Trending Sat, 2 Nov 2019
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Keluarga Fattah Amin Terima Baik Kehadiran Amira Othman – “Mereka Restu & Sukakan Dia”

Keluarga Fattah Amin suka dan merestui hubungan bersama Amira Othman

Featured Sat, 31 Jan 2026

“Tak Payah Timbulkan Lagi Isu Suami Kaya Atau Kayap, Kita Semua Sama Je” – Anzalna Nasir

Anzalna tidak terasa hati dan bersikap terbuka mengenai isu tular tersebut.

Featured Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Nyanyi Lagu Ciptaan Komposer Indonesia, Iman Darwisy Curah Perasaan Dalam Single ‘Kehilangan’

Iman Darwisy melancarkan ‘Kehilangan’, sebuah lagu balada yang mengangkat tema kasih sayang dan kerinduan terhadap insan tersayang.

error: Content is protected !!