Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2025 @ 7:10pm

Keluarga Fattah Amin Terima Baik Kehadiran Amira Othman – “Mereka Restu & Sukakan Dia”

Pelakon terkenal, Fattah Amin, memaklumkan keluarganya bukan sahaja menyambut baik kehadiran penyanyi jelita, Amira Othman dalam kehidupnya, malah turut merestui ‘hubungan’ mereka.

Ketika ditemui oleh XTRA, Fattah, atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, mengakui keluarganya senang dan boleh dikatakan ‘serasi’ menjalinkan hubungan bersama pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu.

“Alhamdulillah, keluarga saya merestui. Mereka pun suka dengan Amira sebab dia pernah menghadiri beberapa majlis bersama keluarga saya sebelum ini. Mereka senang melihat kami berkawan,” katanya.

Ketika disoal sama ada hubungan mereka boleh digelar sebagai ‘teman tapi mesra’, bintang drama Keluarga Itu tidak menafikan.

“Dia seorang rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak kata lebih-lebih pun saya tak berani. Bolehlah nak kata teman tapi mesra, tapi masih atas dasar kerja,” ujarnya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa drama Keluarga Itu yang berlangsung pada Rabu.

Dalam pada itu, Fattah juga mengambil kesempatan untuk mengirimkan doa kepada Amira yang sedang menunaikan ibadah Umrah.

“Saya ada kirimkan. Dia ke sana pada waktu yang sangat istimewa, iaitu 10 malam terakhir Ramadan, di mana doa-doa mustajab. Saya harap doa yang dikirimkan akan dimakbulkan, Insya-Allah,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Nak Merenjis & Menyanyi Di Hari Bahagia? Ini Respons Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Amira Othman Tinggalkan Komen Emoji Hati Putih & Tangan Bentuk Love Di Hantaran Media Sosial Fattah Amin, Netizen Jadi Tak Keruan!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja Ibu Fattah Amin Perkenalkan Amira Othman Kepada Saudara-Mara – “Ini Dah Sah La”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Feb 2024

Khairul Aming Atau Vivy Yusof? Isu Siapa Lagi Layak Terima Dana Jadi Perdebatan Netizen Di Platform X

Sebagai rakyat Malaysia, min berbangga dengan kedua-duanya. Masing-masing hebat!❤️

Trending Sun, 25 Apr 2021

Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

Makin ramai sekolah ditutup sekarang ni…

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Aeril Zafrel’s Innocent Picture Of Son’s First Day Of School Become A Subject Of Cyber Bully

Sometimes these people on the Internet are too free that they have the time to attack on innocent people.

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Patutlah Makin Cantik, Ini Rupanya Rahsia Mimifly!

Mimi yang melalui episod kehancuran rumah tangga pada tahun 2017 turut menekankan kepentingan kesihatan mental seiring bersama penjagaan tubuh.

Hiburan Sun, 22 May 2022
Hiburan Thu, 8 Nov 2018

新年嘟嘟好!One FM全台DJ及主播挑战手势舞

2018年剩没多少天,又是准备新一年的时候啦!One FM全体DJ及新闻主播为即将到来的猪年,携手合唱的2019年新年歌曲也正如火如荼的筹备当中。

error: Content is protected !!