Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 6, 2024 @ 8:07pm

Khairul Aming Atau Vivy Yusof? Isu Siapa Lagi Layak Terima Dana Jadi Perdebatan Netizen Di Platform X

Susulan kejayaannya mencipta rekod jualan sebanyak RM1 juta dalam masa 3 minit 39 saat menerusi produk terbaharu keluarannya, Dendeng Nyet Berapi, nama Khairul Aming semakin menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Terbaru, menerusi laman sosial X, nama Khairul Aming dan usahawan popular, Datin Vivy Yusof antara yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang berpendapat bahawa kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh anak muda berusia 31 tahun ini sepatutnya layak diberikan dana daripada pihak khazanah bertujuan untuk memperluaskan lagi perniagaannya ke peringkat global.

“Orang macam Khairul Aming ni patutnya dapat dana dari khazanah. Bukannya penjula tudung itik,” ciapnya.

 

Bagaimanapun, ciapan individu berkenaan telah diulang kicau oleh seorang individu yang dikenali sebagai @reconnuissance.

Menurutnya, dia bersetuju dana tersebut diberikan kepada pengasas jenama pakaian Duck itu  memandangkan dia telahpun meraih pelbagai pencapaian didalam mahupun luar negara selain berjaya membawa jenamanya ke peringkat Asia Tenggara.

“Daripada dia  (Khairul Aming) saya lebih memilih dana tersebut diberikan kepada Vivy.

“Dia telah mengembangkan jenamanya ke peringkat Asia Tenggara. Malah CNN juga menyebut namanya dan mengiktiraf Malaysia. What did this guy offering other than “just nice”,” balasnya pada ciapan berkenaan.

@khairulamingWe did it guysss. Jualan RM 1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia 😭🤲. Total 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi telah sold out dalam masa 3 minit 39 saat and i cant thank you enough for the support dari 3 tahun lepas. Terima kasih guysss 🥺🥺

♬ original sound – Khairulaming

 

Meskipun menerima pelbagai komen negatif dalam kalangan warganet, namun masih ramai yang berpendapat bahawa kedua-duanya mempunyai kredibiliti dan kekuatan tersendiri.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Dec 2020
Trending Thu, 12 Jul 2018

Semangat Si Cilik Puteri Balqis Melawan Penyakit Kanser. Semoga Segera Sembuh!

Balqis berkongsi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya dengan tanda pagar #FightCancer.

Featured Mon, 17 Apr 2023
Trending Wed, 13 Jan 2021
Featured Wed, 7 Dec 2022

Zaquan Adha Bagi Hint Ayu Raudhah Hamil Anak Keenam?

Wah betul ke ni? Tahniah! Lepas ni dah cukup nak buat team bola sepak

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
error: Content is protected !!