Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 6, 2024 @ 5:33pm

Netizen Terhibur, Johan Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia – “Lelaki Kena Faham, Perempuan Selalu Betul”

Penyampai radio dan pelawak, Johan berkongsi tips rumah tangga bahagia ketika bersiaran di radio Hot FM baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Johan mengakui bahawa untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia, golongan lelaki kena faham dan tahu bahawa wanita sentiasa betul dalam apa jua keadaan.

“Tips kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ada dua sahaja, kalau kau dengar ada 10 itu semua tipu!

“Yang pertama lelaki kena tahu, Woman is always right. Yang kedua, kalau kau rasa kau betul, tapi kau bergaduh… Kau sepak muka kau sendiri lepastu kau tengok semula point nombor satu. Which is, woman is always right,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan tips rumah tangga yang dikongsikan oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu ketika bersiaran bersama-sama dengan Fara Fauzana, AG dan Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, Johan antara rakan artis yang sering berkongsi rutin harian bersama keluarga termasuklah sentiasa mengamalkan solat berjemaah dan memantau bacaaan al-Quran anak-anaknya.

Sekadar info, hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn dikurniakan dengan enam cahaya mata iaitu, Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2019
Featured Sat, 5 Nov 2022
Featured Tue, 29 Mar 2022
Trending Fri, 24 Apr 2020

“Billboard” Di Amerika Papar Cara Berdepan Ancaman Wabak Ikut Nasihat Hadis Nabi

Hadis berusia lebih 1400 tahun dijadikan sebagai nasihat pada hari ini

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Kalau SonaOne & Alif Bergabung Dalam Satu Lagu? ‘Obvious’ Meletop Kot!

Kata Alif, ‘Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini, kami sedar bahawa…

Featured Thu, 13 Nov 2025
Hiburan Thu, 26 Dec 2019
error: Content is protected !!