Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 26, 2024 @ 11:18am

Alami Masalah Resdung Kronik, Janna Nick Bakal Jalani Pembedahan Sinus Gara-Gara Seekor Kucing –  “Kalau Hidung Mancung Bukan Saja-Saja Tau…”

Pengacara, pelakon dan penyanyi, Janna Nick bakal menjalani pembedahan sinus selepas mengalami masalah resdung yang agak kronik.

Menerusi sebuah video di TikTok, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner ini menceritakan keadaannya menjadi lebih teruk selepas menjalani penggambaran bersama seekor kucing.

“Ini adalah pertama kali dalam hidup saya perlu surgeri. Yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung. Sinus saya agak kronik.

“Saya kena buat pembedahan sinus seekor kucing. Sebelum ini saya ada jalani penggambaran dengan kucing tu, dia telah membuatkan hidung saya jadi sangat teruk sampai masuk hospital,” katanya.

Sementara itu, suami tercintanya Dini Schatzmann sempat bergurau dengan memberi pesanan kepada netizen untuk tidak membuat spekulasi Janna membuat hidung.

“Lepas ni kalau nampak hidung Janna bentuk lain, bukan sebab dia buat hidung tau sebab sinus,” katanya.

@jannanickofficial

ingat tau kalau hidung mancung.. bukan saja saja 🤣 #mukbang #nasilemak #malaysianfood

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Sebelum ini, nama pasangan sejoli ini menjadi tumpuan ramai selepas Janna menangis teresak-esak apabila suamiya difitnah mempunyai hormon wanita lebih sehingga menyebabkan mereka sukar untuk menimang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat

Artikel Berkaitan: Usaha Dapatkan Zuriat, Janna Nick Mahu Kekal Positif -“Saya Biasalah Mentally Unstable”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

Azhar ni memang daddy yang sempoiii 😢 💪🏻

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Tiada Niat Mahu Merampas, Cuma Ingin Berikan Kasih Sayang… Fizi Ali Hadir Mahkamah Perjuang Hak Penjagaan Anak

Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah lantaran Shakila tidak mengizinkan dia bertemu anaknya.

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Grant Gustin Finally Marries Sabahan Girlfriend!

Congratulations to the lovely couple.

Events Sat, 26 Nov 2022

Marsha Milan Sebak Teringat Nad Zainal, Terkenang Rakan Di Pentas SFMM37

Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru, baru-baru ini. Menurut Marsha, ketika menyanyikan lagu Kembali Terang […]

Featured Fri, 20 Jun 2025
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

error: Content is protected !!