Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 8, 2024 @ 6:40pm

Usaha Dapatkan Zuriat, Janna Nick Mahu Kekal Positif -“Saya Biasalah Mentally Unstable”

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mengaku mahu kekal positif dalam usahanya mendapatkan zuriat.

Katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi, dia bersyukur dek kerana mendapat pelbagai komen dan respons positif dari peminat dan rakan industri susulan tularnya video penjelasan mengenai dakwaan kononnya suaminya, Dini Schatzman menjadi punca mereka sukar mendapatkan zuriat.

“Emosi alhamdulillah, saya biasa mentally unstable.Ada naik turun dia. Tapi sekarang ni okay. Positif.

“The best thing is bila saya post pasal video tu, saya rasa saya dapat banyak sangat komen yang positif daripada netizen, rakan-rakan industri. Makin positif. Bila baca tu dalam keadaan nangis lepastu bila baca komen lagi nangis.

“Sedikit sebanyak komen netizen dan rakan selebriti itu membantu saya untuk kekal positif. Paling penting adalah sokongan suami saya, keluarga saya dan orang-orang terdekat,” katanya.

 

Mengulas lanjut, pengacara program Famili Duo Musim ke-4 ini juga mengaku,suami dan keluarga adalah tulang belakang yang juga menjadi sumber kekuatan untuknya melalui fasa ini.

“Dalam family saya, suami saya sangat-sangat memahami. Saya tahu je, kadang-kadang Dini tu ada rasa sedih juga, mestilah dia teringin juga tapi dia kena jadi kuat untuk saya.

“Kalau saya nak sedih-sedih sangat pun tak boleh nanti kita macam beri vibes negatif dekat orang sekeliling. At least, i reda tapi perempuan ni, bila datang monthly period, dia akan jadi monthly griving.

“Itu adalah fasa yang kena lalui. Akan ada breakdown sekejap, tapi esoknya kita akan okay balik macam biasa.

“Saya rasa trying to conceive (TTC journey) ni orang yang betul-betul tengah mencuba untuk dapatkan anak sahaja yang tahu dan faham. Sebab ada orang cakap, rileks tapi bukan bermaksud saya tak rileks, okay je.. reda dengan takdir Allah,”jelasnya.

Terdahulu, Janna mendedahkan dia dan suami telah melakukan rawatan IVF sejak setahun yang lalu namun gagal.

Bagaimanapun, dia reda dengan ketentuan Tuhan terhadap rezeki yang diberikan termasuklah soal zuriat.

Bahkan, sentiasa meletakkan harapan dan percaya dengan setiap perancangan-Nya.

Sekadar info, Janna Nick dan Shariff Zero merupakan host bagi program hiburan Famili Duo Musim Ke 4 disamping juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Mas Idayu Perjelas Dakwaan Tak Sensitif Isu Rawatan IVF Janna Nick – “Netizen Tak Patut Sentuh Perkara Itu”

ARTIKEL BERKAITAN:Reda Soal Zuriat, Janna Nick Bawa Diri – “Ada Duit RM100,000 Pun Kalau Allah Kata Belum, Tak Dapat Juga”

ARTIKEL BERKAITAN:8 Tahun Diasak Soal Anak, Aprena Manrose Faham Perasaan Duka Janna Nick – “Sakitnya Hati Ni, Ingat Kami Tak Usaha?”

ARTIKEL BERKAITAN:Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Awak Tak Bawa Manfaat Pun, Jangan Dekat Dengan Anak Saya!” – Luah Rasa Berang, Hantaran Media Sosial Rita Rudaini Raih Perhatian

Rita Rudaini menyifatkan individu tersebut tiada sebarang hak untuk berada dalam kehidupan anaknya itu

Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..

Featured Thu, 2 Mar 2023
Fab Foodies! Thu, 3 Jan 2019

Spend Your Blessed Sunday with Loved Ones Having Brunch at Flock

Set within the Golden Triangle of Kuala Lumpur, there are so many things to do after your hearty buffet experience here.

LIFESTYLE Tue, 7 Aug 2018

Cool! The Golden Bridge Mungkin Tempat Percutian Pilihan Anda Lepas Ni

Tahukah anda bahawa The Golden Bridge yang terletak di pinggiran Da Nang, Vietnam mempunyai panjang 150 meter dan terletak pada paras 1400 meter dari dasar laut

FESYEN Thu, 11 Apr 2019
Events Fri, 4 Oct 2019

Meriah! 400 Ribu Pengunjung Gegar Karnival Jom Heboh Pulau Pinang

Meriah Betul Karnival Jom Heboh Pinang ni kan!

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Terbaik! One Republic Pukau 10,000 Penonton Di Stadium Merdeka

Pada konsert tersebut, One Republic turut menyampaikan lagu Wake Me Up sebagai tribut kepada DJ terkenal Avicii yang meninggal dunia pada 20 April lalu.

error: Content is protected !!