Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 11, 2023 @ 2:50pm

4 Tahun Hubungan Dingin, Awie & Amy Search Berbaik – “Kami Bermaafan, Berpelukan Sebagai Adik…”

Penyanyi, Datuk Awie mengesahkan hubungan antara bintang rock legenda, Datuk Amy Search akhirnya pulih selepas empat tahun masing-masing bersikap dingin.

Memetik laporan Berita harian, Awie atau nama lengkapnya Ahmad Azhar Othman meluahkan rasa bersyukur apabila sudah berbaik dengan pelantun lagu Isabella itu ketika bertemu di sebuah acara baru-baru ini.

“Hubungan kami mulai dingin selepas Allahyarham Yazit meninggal dunia pada 2019. Alhamdulillah, kami sudah rujuk (berdamai).

“Saya rasa bulan ini sangat mulia dan bulan untuk memaafkan.

“Ada seseorang diutuskan untuk bertemu saya bagi membincangkan mengenai pertemuan ini. Bagaimanapun saya ambil masa berminggu-minggu untuk memikirkan perkara itu.

‘Maklum sajalah, semua orang ada ego masing-masing. Selepas lama berfikir, saya tak nak berlaku biadap pada orang yang lebih dewasa daripada saya.

“Dan juga rasa sayang saya kepadanya sebagai seorang abang dan menganggapnya sebagai pelopor rock dan nombor satu dalam Malaysia ini.

“Sebagai orang yang lebih muda daripada Amy, saya akhirnya akur dan pergi berjumpa dengannya.

“Kami bermaafan dan berpelukan sebagai adik, sahabat dan rakan seperjuangan dalam industri ini.

“Pertemuan dengan dua anak dan juga hubungan yang kembali jernih dengan bekas isteri turut membuka hati untuk saya berdamai dan memaafkan semua orang yang pernah bermusuhan dengan saya,” katanya.

Difahamkan pertelingkahan antara kedua-dua penyanyi rock ini timbul selepas Amy meluahkan rasa kesal atas komen Awie yang mendakwanya tidak mengendahkan allahyarham Yazit ketika sakit.

Namun, Amy menepis dakwaan tersebut yang dianggap tidak berasas.

Sumber: Berita Harian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

Norish Karman dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Betto Khai Kongsi Kisah Dengan Bekas Isteri Dalam Lagu Baru?

Biarpun sudah berpisah, hubungan kami masih baik.

Featured Sun, 22 Dec 2024

Fazura Tak Tolak Jodoh, Sedia Kembali Berumah Tangga – “Doakan Yang Terbaik Buat Saya & Fatima”

Aktres jelita itu memohon agar semua pihak mendiakan yang terbaik buat dirinya.

Trending Wed, 17 Mar 2021
Featured Thu, 25 Jul 2024

Kembali Menetap Di Malaysia, Yuna Dalam Perancangan Miliki Zuriat

Semoga semuanya dipermudahkan untuk Yuna!

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
error: Content is protected !!