Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 11, 2023 @ 8:28pm

Sempena Ulang Tahun Ke-19, Repvblik Band Cipta Kenangan Indah Dengan Konsert Di Kuala Lumpur Ogos Ini!

Kumpulan muzik Indonesia, Repvblik Band buat julung kalinya akan beraksi di Malaysia pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-19 mereka.

Konsert itu bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini.

Teruja untuk berkunjung ke Malaysia, kumpulan yang dianggotai empat orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) ini mendedahkan sukar untuk mereka memilih lagu bagi mengadakan konsert.

“Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana kami memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi album kami. Repvblik Band memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif sudah menghasilkan lapan album sejak kemunculan mereka dalam industri muzik pada tahun 2004.

“Pada tahun ini, kami telah mengeluarkan sebuah lagu iaitu Sandiwara Lagi yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut,” kata wakil pengurusan dalam sebuah kenyataan media.

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11 Pagi. Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2026

“Tak Payah Nak Toksik Sangat” – Zahirah Macwilson Ulas Dakwaan Terima Layanan ‘Double Standard’

Zahirah Macwilson menyuarakan pandangannya susulan isu tular melibatkan komen negatif yang diterimanya sebelum ini.

Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Bergelar Duta, Sarimah Ibrahim Kongsi Aspirasi Gaya Hidup Lebih Sihat

Pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim percaya amalan menjaga kesihatan bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam menjalani kehidupan yang lebih seimbang, terutama apabila perlu menggalas pelbagai tanggungjawab setiap hari. Menurut Sarimah, […]

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Ifa Raziah Tersingkir, Hazami Bangkit Rangkul RM5,000… Ini Recap Konsert Keempat!

Ifa Raziah peserta pertama tersingkir di minggu keempat. Tak sabar konsert kelima dimana semua peserta akan bawa lagu luar daripada genre mereka! #TerpalingJuara #Playlist AJL

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
#tilljannah Fri, 13 Jan 2023
error: Content is protected !!