Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 20, 2025 @ 8:00pm

XTRA XSTAR 2025: Lima Finalis Tampil Dengan Identiti Berbeza, Masing-Masing Unik & Berbakat!

Kempen pencarian bakat baharu, XTRA XSTAR 2025 kini memasuki fasa paling mendebarkan dengan hanya 11 hari lagi sebelum Showcase Akhir yang dijadual berlangsung pada 31 Oktober 2025.

Saingan semakin sengit apabila lima finalis terbaik yang mara ke pentas akhir masing-masing tampil dengan gaya, karakter dan keistimewaan tersendiri menjadikan pertandingan kali ini antara yang paling menarik pernah dianjurkan!

Antara yang menjadi perhatian ialah Qal Daenish, finalis yang sinonim dengan lagu-lagu bergenre slow rock atau ‘leman’ meskipun baru berusia 15 tahun! Persembahan nyanyiannya yang penuh emosi sering mencuri tumpuan di TikTok, menjadikan namanya semakin dikenali dalam kalangan peminat muzik tempatan.

@qalldaienish._

terimalah suara yang tak seberapa ada 😂 #livehighlights #tiktoklive#fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – qal daienish – qal daienish

Turut mencuri perhatian ialah Ledia De, gadis berusia 23 tahun yang sering tampil dengan gaya ekstravaganza dan penuh keyakinan. Mengidolakan penyanyi terkenal Aina Abdul, perwatakan Ledia yang ceria memancarkan aura bintang.

Sementara itu, Shaff Asran, 31, terus membuktikan semangat dan dedikasinya dalam dunia seni. Walaupun pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini, dia kembali mencuba nasib menerusi XTRA XSTAR 2025 dengan tekad yang lebih kuat membuktikan impiannya untuk menjadi penyanyi bukan sekadar omongan kosong.

@shaffasran

Already fell in love this song wlaupun belom release lagi, takpekan nk jdi yg terawal cover @ainaabdulofficial hehe cant wait 26Sept ni🤗😍 @XTRA #apexcoverlagu #fyp #sesaatainaabdul @Ainations #xtraxstar2025 #ainaabdul

♬ original sound – Shaff Asran – Shaff Asran

Finalis keempat, Alisya Sabrina, juga bukan calang-calang peserta. Bukan sahaja mempunyai suara merdu, malah Alisya juga mahir bermain alat muzik seperti akordion, menjadikannya antara finalis paling versatil dalam edisi kali ini.

@alisya.sabrinaa

Replying to @Aweera_ Cindai (Accordion Cover) 🪗 #accordion #songcover #accordioncover #traditionalmusic #fyp #xbyzca #fypシ #malaysiatiktok #indo #soundmusic #2024 #laguviral

♬ original sound – 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖𝙎𝙖𝙗𝙧𝙞𝙣𝙖 – ‘𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖

Menambah warna di pentas akhir ialah Shatirah Amanda, pempengaruh media sosial yang memiliki lebih 100,000 pengikut. Selain berbakat dalam nyanyian, Shatirah turut aktif sebagai pelakon dan model, menjadikan dirinya pakej lengkap untuk bergelar bintang masa depan.

@shatirahamanda

#grwm again but this time it’s for TSUBAKI! They did a great job in surprising us huhh 😏 But anyways Thank you so mich for inviting me to the awesome party! #tsubaki #haircare #cityoftsubaki #fyp

♬ Swear By It – Chris Alan Lee

Kini, hanya satu persoalan yang tinggal, siapakah bakal dinobatkan juara dan bergelar artis rakaman Alternate Records & Talents?

Jangan ketinggalan menyaksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR 2025 pada Jumaat, 31 Oktober 2025, jam 8.30 malam, secara langsung di akaun TikTok rasmi @xtra_my.

Pemenang bukan sahaja akan meraih gelaran juara, tetapi turut membawa pulang kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain peluang muncul di pelbagai platform Media Prima, termasuk wawancara dan liputan khas XTRA.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian @XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jul 2019

Helping the Needs with “Suspended Meals”

We all believe in the saying “Giving Will Always Lead to Receiving” and it’s not all about money.

Hiburan Tue, 3 Mar 2020
Featured Wed, 18 Dec 2024

Bekas Isteri Letak Standard Terlalu Tinggi, Idzham Ismail Sukar Cari Pengganti

Idzham mudah terganggu apabila wanita yang bakal dikenalinya itu tidak mencapai ‘standard bekas isterinya.

Featured Thu, 29 Jul 2021

Rayuan BPR Fasa Ke 2 : Tarikh Semakan Status Dan Jumlah Bayaran

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua pada Jun lalu, tarikh semakan bayaran boleh dilakukan bermula Ogos ini. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, golongan isi rumah B40 akan […]

Trending Thu, 6 Jul 2023
Hiburan Mon, 9 Dec 2019
Events Wed, 3 Jul 2019

Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Oktober Ini, Kali Ini Membawa ‘Inspirasi’

Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan!

Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Intan Najuwa Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja – “Orang Songlap Duit, Hutang Saya Lagi Ada”

Malu la ek individu tu konon nak spil the tea sekali dah fitnah orang hmm

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Trending Tue, 23 Jun 2020
error: Content is protected !!