Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 24, 2019 @ 2:22pm

‘Majlis Kahwin Kali Ini Bakal Lebih Sederhana’- Fasha Sandha

Tinggal beberapa minggu lagi, pelakon Fasha Sandha bakal bergelar isteri kepada tunangnya, Aidil Aziz.

Fasha ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Festival Kuala Lumpur 2019 mengakui tidak begitu beriya dalam menyediakan persiapan berbanding bakal suaminya.

“ Biarpun Tarikh sudah dekat, jujur saya katakan persiapan di belah keluarga baru siap 20 peratus. Masih banyak yang perlu dilakukan. Bukan tidak mahu berkongsi lebih lanjut tentang persediaan.

“ Saya juga baru habis penggambaran untuk sebuah drama. Selepas ini saya akan fokus menghabiskan hal yang patut. Perasaan gementar itu ada cuma kurang beriya memandangkan ini perkahwinan kali kedua,” katanya tenang.

Pelakon berusia 35 tahun ini turut memberitahu perasaan kurang beriya bukan hanya dialami sendiri tetapi dia yakin wanita yang berkahwin kali kedua turut berasa hal yang sama.

“ Jangan salah faham, kurang beriya tidak bermaksud saya tidak bersemangat untuk bergelar isteri semula. Maksud saya, perkahwinan kali kedua ini bakal jadi lebih sederhana.

“ Saya percaya wanita yang pernah berada dalam situasi seperti saya juga akan merasai perkara sama,” katanya.

Baru-baru ini, pasangan selebriti ini juga telah menjalani kursus kahwin bersama.

 Kami mendoakan agar urusan Fasha dan Aidil dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin. Insya Allah!

 
 
 
View this post on Instagram

Kisah Kami yang bahagia dalam kesederhanaan. Saya sebenarnya kurang gemar Prewedding Video, dulu pun tiada prewedding video. Memandangkan ini adalah permintaan , jadi saya tunaikan, dengan syarat.. simple2 je ? Tak perlu terbang jauh2.. tak perlu kos yang tinggi dan tak perlu masa yang panjang . Alhamdulillah, ini adalah idea saya , nukilan saya, yang ditajamkan lagi dengan penambahan oleh Encik Rosli dari CST Production. ,.. tak sabar nak tengok hasilnya… Ini dunia saya sekarang… keluarga. Ini segala galanya buat saya sekarang. . Terima kasih buat seluruh Team @cstproduction , make up klasik daripada Kak @barrinamat , Baju klasik daripada @syuscouture @rumahkebayabangsar , @mamasandha , Kak Yong dan Keluarga Kapar, @murshid_eunos , @wahiaziz dan semua yang terlibat ? #aidilfasha #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

四叶草渴望得娱协新人奖「许佳麟最没杀伤力」

出道5年的Joyce四叶草(朱主爱)近日带着推出个人首张专辑《我来自四叶草》返马宣传!以新人姿态入围《娱协30》新人奖的她直呼很爽,并视车志立为竞争对手;她还打趣说“许佳麟最没杀伤力,他出道10年了就让我这个出道5年的吧!”

Hiburan Wed, 11 Mar 2020
Featured Mon, 27 Feb 2023
Events Wed, 6 Mar 2019

Ammar Dan Achey Bawa Pulang RM10K?

Syabas buat gandingan double A ini!

Featured Fri, 13 Jun 2025

Makin ‘Hot’! Sharifah Sakinah Akhirnya Pamer Aksi Mesra Bersama Suami Baru

Sakinah hadir dengan busana berona biru gelap rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam bersama Cyril Kongo seorang pelukis grafiti terkenal Perancis.

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Menanti Hari… Fattah Amin, Amira Othman Bersedia Sambut Cahaya Mata, Barang Bayi Dah Siap Dalam Kereta!

Fattah Amin berkongsi segala persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata bersama Amira Othman, kini sudah lengkap.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!