Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 24, 2018 @ 6:36pm

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Penyanyi Indonesia, Rossa menerima gelaran Datuk Seri dalam Istiadat Majlis Pengurniaan Pingat dan Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Penyanyi berusia 40 tahun ini menyifatkan penganugerahan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) sebagai hadiah terindah sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Oktober lalu.

“ Alhamdulillaah Ya Rabb… Sejujurnya entahlah apa yang membuat saya begitu bertuah menerima pingat Tuanku.

“ Daulat Tuanku, semoga Allah selalu menjaga Tuanku, panjangkan usia dan kesihatan Tuanku. Amin Ya Rabb.

“ Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Dato Sri,” tulisnya di laman Instagram.


Pemilik nama sebenar Rossa Roslaina Handiyani itu berkata, penganugerahan pingat itu akan menjadi pemangkin dalam karier seninya di industri muzik serantau.

“ Penganugerahan ini juga memberi saya tanggungjawab yang lebih besar dalam memartabatkan lagi arena muzik serantau kerana industri muzik Malaysia dan Indonesia saling mendukung antara satu sama lain,” katanya.

Rossa berasal dari Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara dengan lagu-lagu seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Hati Yang Kau Sakiti’ dan ‘Aku Bukanlah Untukmu’.

Sementara itu, artis veteran tanah air, Amir Hamzah Salleh, atau ND Lala, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pada istiadat itu, seramai 76 individu menerima pingat dan darjah kebesaran.- Harian Metro.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

“Saya Masih Belum Dapat…” – Azrel Ismail

Apa yang Azrel nak tapi belum dapat ni?

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Angeline「FULL能量」自称像宋慧乔

继第一本《PowerBank:快乐load不完》大获好评,Angeline黄玉丽再接再厉,以简洁的话语文字、配色温馨的图画,推出《PowerBank:Full能量》!活动上,她还自称年轻时像宋慧乔,现场大胆拿照片对比。

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

10 Tahun Selesa Dalam Konti, Feeya Lupa Hasrat Jadi Pelakon

Selain bergelar penyampai radio, Feeya juga kini mengusahakan produk kosmetik wanita.

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Chef Adu Pamer Aksi Mengghairahkan?

Gambar Chef Adu ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari followers beliau yang rata-rata kagum dengan gambar yang dimuat naik oleh chef kesayangan mereka ini

Featured Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

“Tak Perlu Samakan Dengan KRU” – Abby Abadi Jawab Isu Harga Tiket Konsert Elite

Abby Abadi tampil bersuara isu tiket konsert Elite mahal

error: Content is protected !!