Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 24, 2023 @ 4:27pm

“Kes Mahkamah Hampir Selesai” – Bakal Beri Kenyataan Rasmi, Izreen Azminda Mohon Ruang

Selebriti, Izreen Azminda tampil memberi respons selepas namanya dikaitkan berhubung video menangis pempengaruh, Intan Saleh yang heboh di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Izreen berkata urusan mahkamah bersama pihak berkenaan sudah hampir selesai.

Dalam hantaran sama, Izreen juga bakal mengeluarkan kenyataan rasmi demi menjernihkan keadaan agar tiada lagi isu berbangkit atau kes salah faham berlarutan lagi.

“Assalamualaikum, memandangkan ramai sangat yang dm berkenaan isu yang dibangkitkan sekarang. Apa yang saya boleh katakan, kes mahkamah hampir selesai.

“Once dah selesai, kita akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Insya-Allah, suapaya tidak ada lagi salah faham atau cerita yang tidak elok untuk didengar mahupun ditokok tambah atau sengaja diadakan,” katanya.

Dalam masa yang sama, isteri kepada Ude Wahid itu turut berharap agar ramai pihak memberi ruang kepadanya agar segala urusan dapat berjalan lancar.

“Harap semuanya bersabar dan tidak saling menunding jari dan terus menghukum seperti yang telah berlaku sejak 2017 hingga 2023.

“Jadi saya memohon doa dari anda semua agar urusan ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Bagi ruang dan masa supaya ianya berjalan lancar, Insya-Allah,” tambahnya lagi.

Izreen Azminda

Sebelum ini, Intan memuat naik video menangis teresak-esak dan kesal apabil namanya dikatakan masih belum move on sehingga kerjaya dan pendapatan suamianya dipertikaikan.

Sekadar info, kontroveri antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial.

Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Teresak-Esak, Intan Saleh Serik Dibuli & Dituduh Masih Belum Move On – “Serabut! Boleh Jadi Gila”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Apr 2021

“Saya Sibuk Jaga Fatima, Tak Periksa Telefon” – Fazura Akui Terkejut Nama Tiba-Tiba Trending

Aktres jelita, Nur Fazura mengakui terkejut apabila diberitahu oleh teman rapat mengenai namanya yang tular disebut dan menjadi trending nombor satu di media sosial Twitter. Jelas Fazura lagi beliau tidak mengetahui punca perkara itu kerana […]

Featured Fri, 30 Aug 2024
Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Mad August与刘力扬共筑音乐梦!合作单曲《一切都值得》

Mad August四人出道至今历尽无数风雨,日前有机会跨国找来刘力扬合作单曲 《一切都值得》!

Drama Thu, 23 Apr 2020
Selebriti Mon, 18 Dec 2023
Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Thu, 15 May 2025

[VIDEO] Shuih Imbau Momen Watie Buat Kejutan Umum Hamil

Shuib kongsi video sebak Watie hamil

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
error: Content is protected !!