Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 20, 2022 @ 4:56pm

#SeoulSaranghae : Kim Min Jae Tampil Beri Sokongan Dalam Drama Terbaharu Woo Do Hwan ‘Hunting Dogs’

Walaupun namanya tidak se-gah Lee Min Ho atau Song Joong Ki, namun kehadiran aktor ini dalam industri hiburan Korea semakin mencuri perhatian apabila berjaya mencuri hati peminat k-drama menerusi lakonannya dalam drama Mad Dog dan The King: Eternal Monarch.

Justeru itu, selepas menamatkan latihan ketenteraannya, pelakon berusia 29 tahun ini akan tampil dengan drama terbaharu berjudul Hunting Dogs yang akan disiarkan menerusi saluran Netflix tidak lama lagi.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, tindakan pelakon drama Dali And The Cocky Prince, Kim Min Jae menghantar trak kopi seperti yang dilakukan secara kebiasaannya oleh artis-artis popular di negara tersebut menyentuh hati Woo Do Hwan apatah lagi tanda ucapan terima kasih turut disertakan menerusi hantaran di laman instagramnya baru-baru ini.

“Saya menyokong pelakon Wo Do Hwan dan pasukan Hunting Dogs.

“Way to go Steel Shoulders Kim Gun Woo (merujuk kepada watak Wo Do Hwan dalam drama terbaharunya itu,” tulisnya.

Kelihatan teruja dengan tanda sokongan yang diberikan, Wo Doo Hwan dan Kim Min Jae sebelum ini pernah digandingkan bersama dalam drama Tempted sekitar tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 우도환 (@wdohwan)

 

 

 

Sumber : Instagram, Soompi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian – Oktovia Manrose

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

PANAS!!! SHAHEIZY SAM SEKSI DALAM??????

Selepas kecoh di media sosial tentang abg sado Zul Ariffin yang rata-rata membuatkan peminat fanatiknya “bergetar Ovari” Kini giliran Sam pula yang memuat naik gambar tanpa baju di laman instagramnya. Tindakan tersebut lantas menarik perhatian netizen dan para peminat yang setia mengikuti perkembangan terkininya itu.

Trending Tue, 13 Oct 2020
#LaguXTRA Thu, 16 Feb 2023
Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

Featured Fri, 27 May 2022

“Apa Salahnya ‘Belanja’ Sikit…” – Noki Sanggup Turun Berat Badan Untuk Berlakon

Fuhh Noki tak kisah nak tayang badan 🔥 Apapun selamat maju jaya dalam bidang lakonan…

error: Content is protected !!