Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 24, 2023 @ 4:15pm

[VIDEO] Menangis Teresak-Esak, Intan Saleh Serik Dibuli & Dituduh Masih Belum Move On – “Serabut! Boleh Jadi Gila”

Pempengaruh, Intan Saleh tidak dapat menahan perasaan dan menangis teresak-esak meluahkan isi hatinya yang selama ini terbuku.

Menerusi beberapa hantaran video di Instagram Stories (IGs), Intan kesal apabila masih dianggap belum move on dan teruk menerima hentaman ramai pihak.

“Serabut, saya tak tahu nak luahkan macam mana. Benda ni dah lama berlaku, nak kata tak move on dah move on… tapi apa lagi yang orang tak puas hati?

“Mungkin saya ni layak kena buli atau orang tak senang tengok kita happy. Saya selama ni banyak berdiam, tak pernah nak membuka aib atau provoke sesiapa.

“Nak luahkan apa yang saya rasa selama ni pun serba salah. Setiap orang ada sisi baik, buruk.. tapi tak tahu kenapa masih ada yang nak cari salah saya.

“Benda ni boleh jadi gila! Saya dah ada family sendiri, ada struggle sendiri.. dengan masalah ekonomi, nak besarkan anak mental kena kuat tapi belakang-belakang kita yang kena hentam, buli mental,” katanya.

Di ruangan IGs juga, Intan memohon maaf kerana tidak dapat menahan perasannya sehingga menangis di media sosial.

Di hantaran lain, Intan meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Aizam Yahaya turut menerima tempias sehingga ramai pihak mempertikaikan taraf gajinya.

“Aku tak move on? Maaf aku move on dah lama. Nak cakap pasal terasa ni banyak la. Sampaikan suami aku puj orang kutuk.

“Gred, gaji, jawatan, badan dia semua la. Ada kami kecoh? Soal apa aku tuntut semua diperlekehkan, diperli.

“Entah la cukup la masing-masing dah ada kehidupan sendiri,” tulisnya.

Intan Saleh

Terdahulu, Intan mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada pasangan Izreen dan suaminya, Ude Wahid.

Sekadar info, kontroveri antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial.

Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid.

Artikel Berkaitan: Intan Saleh Lantik Peguam Terkemuka, Dedah Bekas Suami & Izreen Azminda Hantar Surat Tuntutan

Artikel Berkaitan: Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

“Saya Akan Nyanyi Lagu Baru Yang Belum Dirilis” – Bunga Bersedia Membuka Tirai Konsert Coldplay Esok!

Wahh, Bunga pun dah ready nak perform opening esok dekat konsert Coldplay!

Featured Tue, 18 May 2021

Kerajaan Digesa Lakukan ‘Total Lockdown’ Di Selangor & Kuala Lumpur

Berikutan kes COVID-19 yang  semakin menunjukkan trend peningkatan, kerajaan digesa melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di Selangor dan Kuala Lumpur. Menurut Ahli Kumpulan Penasihat, Rangka Kerja Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) […]

Trending Wed, 22 Apr 2020

Air Asia Umum Penerbangan Beroperasi Semula 29 April Ini

Wah, Air Asia bakal menerbangkan sayapnya tak lama lagi..

Events Sat, 12 Oct 2024

10 Tahun Dalam Industri, Aina Abdul ‘Gerun’ Genggam Trofi Bintang Paling Popular ABPBH36

Sebaknya! Betul tu Aina… siapa Aina hari ini adalah asbab doa ibu dan mereka yang sayangkan Aina❤️

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Miliki Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Pada Harga RM1899 Dan RM 1249

Lanjutan daripada pengumuman rasmi Huawei Nova 3 dan Nova 3i untuk pasaran China semalam, hari ini, Huawei Malaysia membawakan kedua-dua peranti tersebut untuk pasaran tempatan. Pada majlis perasmian yang berlangsung bertempat di Lightbox, Sungai Buloh, Huawei Malaysia telah memperkenalkan […]

Hiburan Wed, 20 Aug 2025
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Penghantar Makanan Simpan Impian Bergelar Penyanyi, Kisah Black Hanifah Jadi Inspirasi Naskhah Mengusik Jiwa

Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar dan Hanna Halim muncul dalam sebuah naskhah istimewa.

Trending Wed, 25 Nov 2020
error: Content is protected !!