Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 1, 2024 @ 6:55pm

Lancar Novel Sempena PBAKL 2024, Afdlin Shauki Terjemah Karya Papadom – “Saya Harap Ia Beri Manfaat”

“Semoga novel ini memberi manfaat kepada golongan ibu bapa dan anak.”

Demikian kata-kata pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki yang melancarkan novel tulisan pertamanya yang berjudul Papadom.

Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Afdlin menterjemahkan filem arahannya pada tahun 2009 itu sebagai novel.

Menurut Afdlin, buku setebal 160 muka surat yang diterjemahkan daripada skrip filem arahannya, Papadom ini menjadi pilihan pertama kerana kisah itu mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi.

“Filem Buli dan Papadom sangat dekat di hati saya. Kedua-dua filem ini juga merangkul banyak anugerah di festival filem. Untuk filem diterjemahkan kepada novel, saya memilih Papadom.

“Cerita Papadom ini saya tulis kerana sebagai seorang ayah, ada rasa kesal dalam diri saya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik dan saya mula berfikir tentang ciri-ciri ayah yang terbaik yang saya mahukan.

“Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia ini yang mempunyai dilema yang sama. Bapa yang menyayangi keluarganya dan mahu memberikan kehidupan terbaik kepada keluarganya, jadi dia bekerja keras untuk keluarganya sehingga tak dapat meluangkan masa bersama keluarga yang dicintai itu.

“Tiadanya keseimbangan dalam kehidupan adalah antara sebab utama permasalahan dalam keluarga. Selalunya manusia berubah bila ada satu insiden besar yang menyentap kehidupan mereka.

“Sewaktu bermain scrabble dengan isteri, saya merenung wajahnya dan bertanya pada diri ini, kalau sesuatu berlaku pada dirinya, apakah saya mampu untuk mengambil alih tugas sebagai ibu kepada anak anak? Persoalan itulah yang mencetus idea untuk saya hasilkan naskhah Papadom,” kata Afdlin.

Figura yang turut menyandang jawatan Pengerusi YWP Media Sdn Bhd itu turut berharap novel Papadom memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.

“Sebagai ibu bapa, kita tak dilahirkan dengan buku manual bagaimana nak menjadi ibu bapa yang baik, akan tetapi, kita kena percaya yang Allah akan sentiasa ada bersama dengan kita dan memberi pengajaran yang terbaik bagi diri kita.

“Kita mesti berani melangkah masuk ke alam Papadom dan hadapi segala dugaan dan cabaran-Nya. Menjadi ibu bapa tidak mudah namun anak-anak merupakan kekuatan mereka.

“Semoga buku ini memberi manfaat kepada bapa-bapa, ibu-ibu untuk mengenali perangai bapa-bapa dan untuk anak-anak, agar mereka tahu yang walau apapun berlaku mereka adalah permata yg yang ternilai di hati bapa mereka,” katanya.

Papadom dijual pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak pada harga RM22.90.

Buat masa ini, novel terbitan YWP Media Sdn Bhd ini hanya dijual di PBAKL 2024 dan bakal memasuki kedai-kedai buku seluruh negara. Hanya 1,000 naskhah dikeluarkan bagi cetakan pertama.

“Kami juga merancang untuk menyertai acara-acara yang melibatkan pembukuan termasuk pesta buku di setiap negeri,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 May 2021

“Kita Takkan Pernah Mati Dengan Cacian….” – Warganet Dakwa Lakonan Kayu, Ini Respons Sharifah Rose

Pendatang baru, Sharifah Rose, 23, terus optimis biarpun dihujani kritikan yang mendakwa lakonannya ‘kayu’ dalam drama bersiri Kekasih Hati Mr Bodyguard. Mula dikenali sebagai ‘instafamous’ sebelum berjinak dengan dunia lakonan, Rose bersikap terbuka dan menerima […]

Featured Fri, 28 Mar 2025

Iman Fandi Rai Semangat Hari Raya Dengan Single ‘Hari Raya Raya Raya’

Penyanyi berbakat dari Singapura, Iman Fandi, menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran single Melayu pertamanya berjudul,  ‘Hari Raya Raya Raya’.

Featured Tue, 23 Dec 2025

Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”

Menyifatkan komen yang diberikan itu sebagai keterlaluan, Kamal menegaskan, tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar dan melampaui batas sebagai seorang muslim.

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Sat, 27 Dec 2025

“Lepasni Aku Tak Nak Komen Dekat Mana-Mana Influencer, Selebriti Lagi Lah….” – Puteri Balqis Kecewa Niat Beri Sokongan Di Salah Tafsir

Aqish nekad untuk tidak lagi meninggalkan komen terhadap mana-mana pempengaruh mahupun selebriti selepas ini.

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Mana Ada Bercinta, Kawan Saja…

Umur saya membataskan segala-galanya. Saya yakin apabila berkawan dengan lelaki muda, saya hanya layak dianggap sebagai kakak,

error: Content is protected !!