Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd October 7, 2021 @ 5:55pm

Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.

“Dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir.

“Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.

“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin melakukan pergerajan rentas negeri dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) asas.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan individu yang pulang ke kampung dinasihatkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga terdekat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Pergi Ke Mana-Mana, Orang Akan Ejek-Ejek Saya” – Putus Tunang Pengalaman Sedih Dalam Hidup Elfira Loy, Dapat Hikmah Selalu Habiskan Masa Di Masjid

Menerusi temu bual dengan podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira Loy bercerita mengenai pengalaman putus tunang.

Featured Fri, 24 Sep 2021

BKP RM500 Bakal Disalurkan Kepada Penerima Bermula…

Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan (BKP) bernilai RM500 akan disalurkan kepada mereka yang hilang punca pendapatan. Menurut kenyataan terkini oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Shahar Abdullah : “Bantuan kehilangan pendapatan atau (BKP) sebanyak […]

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Featured Fri, 14 Sep 2018

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Jom sambut Hari Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagi ini sama-sama.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Mawar Runsing Anak Dan Seisi Rumah Jatuh Sakit

Semoga semua sembuh seperti sediakala…

error: Content is protected !!