Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops September 14, 2018 @ 6:17pm

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Muzik boleh menyampaikan pelbagai jenis emosi. Lirik, gubahan serta persembahan penyanyinya bukan saja berupaya untuk mencetuskan kesedihan dan kemarahan, malah menaikkan semangat dan adrenalin pendengar.

Memandangkan Hari Kebangsaan Malaysia baru saja berlalu, dan Hari Malaysia pula bakal tiba pada Ahad, jom kita dengarkan lagu-lagu bertema patriotik yang boleh berikan semangat padu kepada rakyat negara ini.

Sambil itu, luangkan sedikit masa untuk kenangkan semula jasa orang-orang yang telah berkorban dan berusaha untuk negara.

1. ‘Fikirkan Boleh’ oleh Metropolitan (1990)

Apabila sorakan “Malaysia Boleh” mula dilaungkan buat pertama kalinya di arena-arena sukan di seluruh negara, lagu inilah yang kerap dimainkan dengan volume tinggi.

“Liriknya memberi inspirasi hebat,” kata Affa dari kumpulan hip-hop Nico. “Lagu ini boleh membangkitkan kita dari kesedihan dan mengajak kita untuk bekerja dengan lebih kuat dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan.”

Engkaulah apa kau fikirkan

Terkandung dalam pemikiran

Kau fikir boleh melakukan

Fikirkan boleh

 Percaya apa kau lakukan

Tabah apa kau usahakan

Bertindak atas kemampuan

Engkau boleh

2. ‘Legenda’ oleh Sheila Majid (1990)

Dikompos sebagai tribut untuk artis ternama negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Lagenda juga memberi inspirasi kepada kita supaya mengharungi segala cabaran yang mendatang.

“Ia memang penuh emosi. Ia membuat kita ingin renung sejenak dan fikir tentang orang-orang yang telah mencapai kemasyhuran dan meninggalkan legasi mereka,” kata penyanyi dan coach vokal, Vince Chong. “Lagenda juga sangat touching; ia menyampaikan mesej positif kepada mereka yang sedang susah dalam hidup.”

Kaulah satu satunya

Di antara berjuta

Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi

Hilang belum berganti

Kerana kau tersendiri

Kau kebanggaan kita

Kau budayawan bangsa

Engkau lagenda

3. ‘Mentera Semerah Padi’ oleh M. Nasir (1993)

Dengan alatan muzik tradisional dan korus yang membara, lagu ini merupakan salah satu hasil kerja M. Nasir yang paling power. “Ia membuatkan kita rasa nak bangkit dan lawan demi apa yang kita percaya,” kata penyampai radio Suria FM Halim Othman. “Lirik berpuitisnya sangatlah berinspirasi dan sememangnya sentuhan emas M. Nasir.”

Di mana bumi ku pijak

Di situ langit ku junjung

Alang-alang menyeluk pekasam

Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku

Mentera semerah padi

Mentera semerah padi

Mentera semerah padi

Mentera semerah padi

4. ‘Standing In The Eyes Of The World’ oleh Ella (1998)

Ikonik sungguh lagu ini, walaupun 20 tahun telah berlalu! Ingat tak lagi acara Sukan Komanwel yang diadakan di Bukit Jalil dulu? Bila lagu tema rasmi ini berkumandang ketika itu, semangat kita terus berkobar-kobar, seolah-olah kita boleh conquer dunia.

Lagu ini memberi erti yang besar kepada ramai orang,” kata gitaris, komposer dan artis rakaman, Az Samad. “Perasaan di mana anda bermula secara kecil-kecilan dan kemudian bekerja keras hingga anda dipandang tinggi oleh rakyat dunia, adalah sesuatu yang semua orang boleh relate. Lagu ini digubah khas untuk mencerminkan perasaan tersebut.”

Kini “Standing In The Eyes Of The World”

Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara dijiwa

Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

5. ‘Gemilang’ oleh Jaclyn Victor (2004)

Dengan suara penyanyinya yang mantap, ditambahkan pula dengan mesejnya yang mendalam, bila dengar lagu ini mesti meremang bulu roma. Lagu ini merupakan lagu finale untuk Jac di pentas Malaysian Idol di mana dia tampil juara. Memang padanlah dengan situasi kemuncak itu.

“Lagu ini selalu menggandakan rasa cinta saya terhadap Malaysia dan lelaki dan wanita yang mengibarkan Jalur Gemilang,” kata bekas pengulas radio Kudsia Kahar. “Melodi, lirik dan suara Jac… pertama kali saya mendengarnya saya rasa sebak.”

Kini gemilang itu semakin pasti ku genggam

Gemilang suara keyakinan kian dalam

Gementar harus jangan, jiwaku harus bertenaga

Mungkinkah ini menjadi realiti

6. ‘Gemuruh’ oleh Faizal Tahir (2007)

Bila anda nak berentap, inilah lagu yang anda perlu dengar kerana ia gerenti akan menyemarakkan suasana. Personaliti TV dan penerbit Ally Iskandar berkata, “Ia merupakan salah satu lagu pembakar semangat favourite saya. Ada sesuatu yang istimewa tentang lirik ‘dari puncak ingin ke angkasa’.

Ia memberitahu anda yang puncak hanyalah satu permulaan bagi pengembaraan yang tiada had. Itulah definisi kejayaan.”

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

7. ‘Negaraku’ oleh Joe Flizzow, SonaOne, Altimet & Faizal Tahir (2016)

Lagu ini bunyinya macam balada, tapi liriknya (terutama sekali “Negaraku, negaraku, ku beri sepenuhnya…”) sarat dengan mesej patriotik. Kolaborasi antara 3 orang rapper ternama dengan penyanyi rock ballad popular menjadikan lagu ini sesuatu yang memang power dan menaikkan semangat.

“Anda boleh rasa kesungguhan dalam penyampaian mereka,” kata deejay dan pengarah kreatif Suffian Rahman. “Inilah lagu yang boleh menyatukan rakyat.”

Negaraku, Negaraku

Ku beri sepenuhnya, ku beri sepenuhnya

Demi negaraku, oh darahku

Hiduplah sepenuhnya

Dirgahayu semua

Bonus!

Ingat tak lagu klasik Sejahtera Malaysia? Ini satu lagi lagu ikonik dan mendayu-dayu yang meraikan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

Lagu original telah didendangkan oleh penyanyi-penyanyi seperti Fauziah Ahmad Daud, Azlina Aziz, Rohana Jalil dan Elaine Kang. Katanya ia mula diterbitkan pada zaman Tun M memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dulu-dulu.

Jom dengarkan rendition yang dibawakan oleh Wany Hasrita.

Sumber: RedBull

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Featured Mon, 22 Aug 2022

Busana Hitam Di KLFW Dikritik Macam Plastik Sampah, Ada Yang Tegur Aina Abdul Makin Over… Ini Respons Empunya Badan

Fuhhhh, fesyen Aina Abdul sentiasa berjaya curi perhatian orang ramai eh? She vassss la gais! 🔥🤭🔥 Sajat pun komen tau 🤣

Featured Fri, 24 Sep 2021

Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Awwwww… Macam ye je ❤❤❤

Gaya Hidup Wed, 18 Jul 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Masker Blueberry Bermanfaat Untuk 3 Jenis Perawatan Kulit

Blueberry, adalah sejenis buah-buahan yang punya banyak manfaat untuk kecantikan kerana kandungan antioksidan yang tinggi.

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Ikuti 3 Peraturan Penting Ini Supaya Sarapan Anda Dapat Turunkan Berat Badan

Tak semestinya kalau anda makan sarapan, anda gerenti boleh turunkan berat badan.

Featured Wed, 7 Sep 2022

Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Akhirnyaaaa, semoga semuanya dipermudah! Kita tunggu keputusan pihak berkuasa nanti 🤲🏻

Featured Thu, 17 Mar 2022

Muat Naik Hantaran Tak Sempat Bercinta, Sherry Alhadad Buka Peluang Jejaka Luar Untuk Berkenalan!

Sherry ni dah la cantik, kelakar juga tu.. Apa lagi jejaka sekalian, silalah perkenalkan diri korang! Hihi

Featured Wed, 4 Jan 2023

AJL 37: Gementar Jadi Finalis Paling Muda, Iman Troye Akui Tercabar – “Dulu Saya Duduk Atas Sekali Di Kerusi Penonton, Sekarang Saya Tercalon”

Kejayaan yang amat membanggakan, baru dua tahun dalam industri dah layak masuk AJL 🥰 Tahniah Iman Troye 🤩

Featured Tue, 24 Jun 2025
Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

error: Content is protected !!