Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops March 31, 2020 @ 1:44pm

Bersalin ketika fasa PKP, wanita ini kongsi persediaan yang perlu ibu hamil lakukan

Menanti kelahiran cahaya mata adalah detik terindah buat pasangan suami isteri, namun dalam keterujaan menyambut kelahiran anak, pastinya debaran yang dirasai menimbulkan rasa bimbang dan takut terutama buat pasangan yang pertama kali melalui pengalaman itu.

bersalin ketika COVID-19

Kredit gambar: Living Prayers

Ditemani suami tercinta sepanjang proses kelahiran mungkin dapat membantu mengurangkan rasa cemas atau sakit, namun bagi wanita yang menunggu hari untuk bersalin ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pengalaman yang bakal dilalui mungkin agak berbeza.

Seorang pemilik Facebook bernama Anies Surianie berkongsi pengalamannya ketika bersalin anak kedua dalam fasa PKP. Menurut Anies, sewaktu bermulanya arahan PKP pada 18 Mac lalu, jururawat di Klinik Kesihatan sudah menitip pesanan agar dirinya bersiap sedia dengan kawalan ketat daripada pihak hospital khususnya hospital kerajaan.

Berikut adalah pengalaman yang dikongsi Anies dan diharap perkongsiannya itu dapat memberi manfaat kepada ibu yang bakal bersalin agar bersedia melalui proses kelahiran ketika fasa PKP.

1. Tiada peneman dalam bilik bersalin

Walaupun bersalin anak pertama, kedua atau keberapa sekali pun, suami atau waris tidak boleh masuk ke bilik bersalin. Mereka hanya boleh hantar sehingga pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak di depan pintu sahaja.

Suami memang tidak dibenarkan menjenguk isteri pada waktu itu. Oleh itu, ibu yang menunggu hari kenalah bersiap sedia dari segi mental dan juga fizikal. Ingat kembali pesan doktor atau jururawat agar tidak panik.

bersalin ketika COVID-19

Kredit gambar: Stay at Home Mum

Jangan menjerit atau menangis kerana ia mungkin akan membuatkan anda hilang banyak tenaga untuk meneran. Kawal pernafasan dan belajar curi nafas supaya tidak mudah penat. Bagi perhatian apa yang jururawat cakap ketika dalam bilik bersalin, insya-Allah semua akan dipermudahkan.

Kalau boleh sediakan topeng muka sebagai langkah persediaan jika jururawat minta untuk memakainya sebelum masuk ke wad bersalin.

2. Tiada peneman siang dan malam dalam wad

Bagi mereka yang mempunyai risiko seperti darah tinggi, kencing manis atau apa sahaja risiko yang mungkin akan menyebabkan bersalin awal, sediakan barang bayi dan ibu secukupnya bagi memudahkan suami membawanya nanti.

bersalin ketika COVID-19

Kredit gambar: BuzzFeed News

Paling penting, si ibu perlu bersedia untuk belajar cara menyusu bayi kerana ia adalah senjata utama untuk menenangkan bayi. Tidak ada suami atau waris di sisi untuk tolong menguruskan ibu atau menjaga bayi jika ibu penat ketika dalam wad. Pada masa ini, ibu perlu kuat dan sentiasa positif agar tidak menganggu emosi serta memastikan pengeluaran susu ibu lancar.

3. Tiada pelawat dibenarkan masuk pagi atau petang

bersalin ketika perintah kawalan pergerakan

Kredit gambar: Time

Sepanjang tempoh PKP, waktu melawat terhad dan mungkin ada segelintir hospital tidak membenarkan langsung pelawat masuk. Jika suami mahu kirim makanan atau keperluan lain, hanya melalui pengawal keselamatan sahaja.

Diharap ibu yang menunggu hari dapat membuat persiapan mental dan fizikal untuk melalui proses bersalin ketika fasa PKP. Semoga urusan bersalin semua ibu dipermudahkan dan ibu dan bayi sihat hendaknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 16 Aug 2018

Elak Tersilap Dos, Ini Tip Yang Betul Untuk Beri Ubat Kepada Kanak-Kanak

Jika anda tersalah memberi dos ubat ia boleh mengancam nyawa si manja.

Featured Fri, 21 Dec 2018
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Featured Wed, 18 May 2022
Featured Sat, 11 Feb 2023

“Hubungan Kami Direstui Keluarga” – Fuad, Tom Bakal Nikah Bulan Depan

Wahhhhh! Tahniahh Fuad dan Tom, akhirnya bakal disatukan ❤️❤️

familuv Mon, 1 Apr 2019

Inilah kemahiran yang ‘bapa moden’ perlu ada!

Setakat menghulurkan wang perbelanjaan sahaja tidak cukup!

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

error: Content is protected !!