Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 12, 2020 @ 4:00pm

Terjemahan disebalik gaya ‘sempoi’ Perdana Menteri ketika menyampaikan perutusan COVID-19

Kemunculan figura berwibawa lagi berkarisma ini, sentiasa dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Pesanan yang disampaikan beliau melalui nada pertuturan penuh kasih seorang bapa kepada anaknya, bagaikan azimat yang amat menyenangkan walaupun kita sedang diduga wabak COVID-19 yang amat menakutkan ini.

Pokoknya rasa tenang bila mendengar bicara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiap kali menyampaikan perutusan penting mengenai penularan COVID-19. Pemilihan perkataan yang digunakan sewaktu memberi ucapan membuatkan rakyat berasa dekat dengan beliau, kerana menggunakan bahasa Melayu dengan bahasa yang mudah difahami.

Selain gaya pertuturan, ramai yang tertarik dengan penampilan beliau tanpa sebarang formaliti khusus seperti tidak memakai blazer dan melipat lengan baju kemejanya ke paras siku, ketika menyampaikan mandat kerajaan.

Foto: Buzzkini

Hal ini menarik perhatian sebuah portal popular untuk merungkai makna di sebalik penampilan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perunding imej, Asnawi Yusof, menganggap pemilihan gaya pakaian Perdana Menteri itu sebagai bijak kerana dalam konsep berpakaian, ada beberapa perkara yang memberi kesan pada psikologi manusia.

Katanya, antara elemen yang diperhatiKan termasuk pilihan warna, padanan corak, aksesori dan juga formaliti pakaian, yang lazimnya mampu memberi pengaruh secara tidak langsung kepada yang melihat dan mendengar.

“Contoh paling mudah adalah apabila kita tengok seorang warga emas memakai kopiah, berjanggut sederhana panjang dan percakapan sentiasa berlandaskan agama, automatik kita akan memanggilnya ‘tuan haji’.

“Tengok orang pakai sut, bertali leher dan berkasut hitam Oxford, sambil bercakap guna iPhone 11 Pro, automatik kita akan kata ‘dia orang berjaya’ atau ‘anak orang kaya’,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan gaya Muhyiddin pada perutusan khas Perdana Menteri mengenai perkembangan COVID-19 pada 13 Mac dan 16 Mac lalu, penampilan itu menggambarkan betapa ‘berjiwa rakyatnya’ Perdana Menteri ke-8 itu.

Jika dilihat pada kedua-dua sidang media itu, Asnawi berkata, Muhyiddin memilih kemeja putih kosong bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal serta kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer.

“Muhyiddin turut mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya ada rasa lebih membumi dengan masyarakat terutama golongan rakyat biasa

“Beliau kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang ‘maklumat tersembunyi’ dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Perbezaan dapat dilihat ketika Muhyiddin tampil pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada 27 Mac lalu, apabila beliau memilih gaya formal mengenakan sut penuh berserta tag nama dan tali leher biru.

Penampilan sebegitu amat bersesuaian dengan konteks perutusan beliau yang serius memperkatakan mengenai bantuan bernilai RM250 bilion kepada rakyat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 20 Feb 2020
Featured Wed, 19 Jun 2024
Acara Mon, 3 Jan 2022

Diiktiraf Malaysia Book of Records Dengan Lebih 17,000 Penyertaan, Ustaz Uqais Qorny Catat Sejarah Talaqqi al-Quran Tanpa Henti Selama 24 Jam

Bersempena kedatangan tahun 2022, Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf program anjuran pendakwah bebas, Ustaz Uwais Qorny menerusi program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi. Lebih manis, program itu berjaya meraih dua […]

Acara Thu, 6 Sep 2018

Bahang Perang Poster ABPBH 31 Semakin Panas!

Kuasa Undi Kini Di Tangan Anda!

Featured Thu, 20 Oct 2022

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Haa tu dia, siapa haritu tuduh mereka berkesedudukan? Ni dia respons tuan badan! Katanya kesal pemikiran segelintir netizen kolot

Featured Thu, 16 Jun 2022

“Saya Rasa Saya Dengan Dia…”- Didakwa Jahanamkan Hidup Fizi Ali, Ini Respons Shakilla Khoriri

Selepas dikatakan ‘naik hantu’ dengan bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri, penyampai radio Fizi Ali membuatkan netizen terus berteka-teki mengenai masalah yang dihadapi mereka. Membuat dakwaan terbabit di ruangan Instagram Story, Fizi berkata dia menghormati Shakilla […]

Featured Wed, 22 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Jom Kenali 5 Finalis Yang Bakal Berentap Di Pentas Akhir XTRA XSTAR!

Pertandingan pencarian bakat paling hangat tahun ini, XTRA XSTAR 2025, kini semakin hampir ke kemuncaknya!

Featured Sun, 12 Dec 2021

Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya. Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber […]

Featured Thu, 17 Apr 2025
error: Content is protected !!